Masih ingat lagikah kita tentang kisah tentera bergajah yang menyerang kota Mekah oleh Abrahah pada suatu ketika dahulu? Kisah ini ada terkandung dalam al-Quran pada surah Al-Fill.
Dalam surah al-Fil diterangkan bahawa Allah SWT menyelamatkan Kaabah daripada serangan orang kafir yang ingin menghancurkan syiar agama-Nya dengan cara menghantar burung Ababil.
Burung-burung itu melempar pasukan bergajah dengan batu panas dan beracun berasal dari tanah yang terbakar sehingga mereka diserang penyakit dan menemui maut.
Pasukan bergajah Abrahah itupun hancur bagai daun kayu dimakan ulat dan mereka akhirnya menemui ajal masing-masing.
Abrahah sendiri, menurut salah satu riwayat, menemui ajal ketika sampai di kota asalnya, Sanaa di Yaman.
Namun pada kali ini admin tidak bercerita mengenai sejarah kisah burung Ababil ini, akan tetapi tentang penemuan batu yang dikatakan merupakan batu yang digunakan oleh burung Ababil untuk menghancurkan tentera Abrahah. Persoalannnya, benarkah ini batu burung Ababil? Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Seorang lelaki ditawarkan AS$4 juta (RM12 juta) untuk membeli batu hitam disebut di dalam al-Quran yang ditemui ketika memburu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Yaman.
Saleh Musfer Al Gamdi berkata, batu itu yang memaparkan lukisan burung dan gajah, seberat 131 gram, sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment