Pages

5 November 2012

Haram Dan Syirik Menyambut Hari Halloween


Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween.

Halloween juga dikenali sebagai All Saint's'Day dan ianya berkaitan dengan amalan dan upacara bagi penganut Kristian di Celtic, Ireland sejak 2,000 tahun lalu.
Penghijrahan ke Amerika pd tahun 1900-an
 Zaman penghijrahan beramai-ramai dari benua Eropah sejak abad awal abad ke-19 semasa bencana kebuluran di Ireland pada tahun 1840-an, telah menular di Amerika, di mana hari ini ia adalah salah satu cuti utama pada setiap  tahun. Melalui masa, tradisi lain telah dicampur ke dalam Halloween, contohnya penuaian tanaman di Amerika dan tradisi ukiran labu telah bercampur dari tradisi Amerika dan Ireland.

Ireland pada tahun 1900-an
 Mengikut amalan mereka,Hari Halloween adalah memberi penghormatan kepada nenek moyang keluarga mereka dan dijemput ke rumah untuk melihat keluarga  si mati ,manakala roh berbahaya akan dihindari.  Semua orang memakai pakaian dan topeng untuk menyembunyikan diri mereka dari roh-roh jahat untuk mengelakkan kemudaratan. Unggun api dan makanan memainkan peranan yang besar dalam perayaan ini. Tulang-tulang ternakan yg disembelih akan dibuang ke dalam api.
Kesimpulannya, tradisi ini berkaitan dengan pemujaan roh-roh nenek moyang dan berkait rapat dengan amalan-amalan khurafat.
Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram, menonton filem seram dan melawat kubur-kubur lama.
Kanak-kanak yang memakai kostom hantu akan berkunjung ke rumah jiran-jiran pada malam Hari Halloween, mereka akan diberi hadiah seperti manisan,coklat ataupun gula-gula.
Ulasan,
 Bilakah seseorang itu menyerupai sesuatu kaum? Ringkasnya, meniru atau mencontohi sesuatu kaum dari segi penampilan, perilaku, bahkan beriktikad dalam perayaan mereka dan budaya mereka. Berdasar larangan meniru kaum lain daripada Nabi s.a.w, jelas memaparkan hal ini. Termasuklah larangan itu, berdasarkan hadis yang dirujuk oleh sodbaro seperti di bawah;

من تشبه بقوم فهو منهم
Terjemahan: Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka

Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, Al-Hafidz al-Asqalani, 6/166, 10/282 – darjat hadis: hasan, Al-Albani, Ghayatul Maram, no: 198, darjat hadis: Sahih.

No comments:

Post a Comment