Pages

21 November 2012

Waktu Terbaik Solat Sunat Taubat


Sebenarnya tidak ada waktu khusus yang ditetapkan untuk melakukan solat taubat.Kerana ia boleh dilakukan di siang hari ataupun pada waktu malam.Walaupun begitu,ia digalakkan dikerjakan pada waktu malam.Misalnya dua pertiga malam ataupun waktu sahur.

Ini adalah kerana ingin mencari suasana atau keadaan tenang dan lebih sunyi supaya kita lebih kusyuk untuk mengerjakannya.

Biasanya pada waktu siang terdapat banyak gangguan,samada suara dari luar rumah atau anak-anak kita bermain didalam rumah.Dengan suasana keadaan waktu malam yang sunyi akan menyebabkan kita lebih kusyuk untuk solat dan juga beristigfar selepas selesai solat.Sebaik-baiknya kita merenung kembali segala dosa dan kesilapan kita sehingga menitiskan air mata.

Berusahalah Solat Seperti Rasulullah s.a.w , pada waktu mengerjakan solat sunat pada malam hari  selalu sejadah ataupun tempat sujud baginda basah disebabkan air mata baginda yang suci walaupun Baginda maksum dari melakukan dosa

Secara ringkasnya,waktu solat taubat boleh dilakukan bila-bila masa saja.Samada waktu siang atau malam dan juga boleh dilakukan sebaik saja selepas melakukan dosa.Bersegeralah beristigfar dan solat taubat setelah melakukan dosa untuk memohon keampunan dibimbangi jika ditangguh nanti hati kita akan semakin keras ataupun kita mati sebelum sempat bertaubat.

No comments:

Post a Comment