Pages

22 December 2012

Black eye Friday: Kejadian Buruk Pemabuk Jalanan Di Britain

Black eye Friday: Fights, Pergaduhan, muntah dan tingkah laku teruk pada malam besar terakhir sebelum Krismas


  1. Keganasan menyebabkan huru-hara di pusat bandar Newcastle, pemabuk berpesta minum-minum alkohol dan melakukan rusuhan jalanan pada malam jumaat.
  2. Sepanjang hari minum pemabuk mendorong melakukan rusuhan dan kekacauan beramai-ramai
  3. Peliknya, 'isu tiada' laporan polis.
Pemabuk menyebabkan kebinasaan, keganasan telah terjadi di bandar-bandar di seluruh Britain pada hujung minggu terakhir sebelum Krismas.
Pada hari yang digelar ' Black Eye Friday', terdapat babak huru-hara seperti pesta minum-minum,samseng, banyak didorong oleh minuman keras yang murah, meraikan musim perayaan dengan kekacauan, muntah dan membuang air kecil di jalanan.
Terdapat adegan buruk terutamanya di Newcastle, dengan seorang lelaki yang digambarkan bergaduh dengan mukanya berlumuran darah dan lebam. Seorang wanita seperti anjing jalanan bila mabuk dan tiada lagi maruah diri.

Punca arak diharamkan dalam Islam
 
Pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri kenapa arak membawa kesan yang sangat buruk dalam kehidupan manusia dan kenapa ia diharamkan oleh Islam? Sebahagian sebabnya adalah:

1. Merosakkan akhlak dan akidah dengan memalingkan manusia daripada beriman kepada Allah SWT dan merosakkan syakhsiahnya.

2. Dari aspek sosial boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia, memporak-perandakan rumah tangga, keluarga, masyarakat dan negara.

3. Merosakkan kesihatan manusia seperti tekanan darah tidak menentu, rosaknya urat saraf, menyebabkan hepatitis, sakit jantung, rosak buah pinggang, kanser, angin ahmar, lumpuh, keracunan dan gila.

4. Ketagihan arak atau alkohol akan mengakibatkan kehilangan nyawa serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia.

5. Kesan jangka panjang alkohol akan membawa perubahan metabolisma kepada akal fikiran, organ hati dan menyekat peranan otak dari berfungsi dengan baik.

6. Kes zina, rogol, sumbang mahram dan AIDS lebih tinggi di kalangan peminum alkohol. Menurut kajian Biro Keadilan. Mangsa Jenayah Kebangsaan( Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ) pada tahun 1996 sahaja, purata 2713 kes rogol berlaku setiap hari. Statistik ini menunjukkan bahawa kebanyakkan perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.

7. Menurut statistik rasmi di United Kingdom, alkohol menyebabkan hampir 45-46 peratus kejadian jenayah, ia juga melibatkan 39 peratus keganasan dalam rumah tangga dan kajian juga menunjukkan hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.

8. Minum arak adalah ibu segala kejahatan dan merupakan sebesar-besar dosa. Ini dijelaskan oleh Rasulullah saw menerusi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At- Tabrani yang bermaksud “Arak adalah ibu segala kejahatan dan ia adalah sebesar-besar dosa”.

9. Sesuatu yang banyak memabukkan sekalipun sedikit hukumnya tetap haram berdasarkan hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmizi, An Nasai dan Abu Daud yang bermaksud: “Tiap-tiap sesuatu yang memabukkan dalam jumlah yang banyak atau sedikit maka hukumnya adalah haram”. Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk atau pun setitik.

10. Orang yang minum arak dan melaksanakan urusan yang berkaitan dengannya akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah SWT. Sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Ibnu Majah daripada Anas ra bermaksud: ” Sepuluh orang yang dikutuk Allah berkaitan dengan arak ialah pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.”

Dengan itu jelaslah kepada kita bahawa semua urusan yang berkaitan dengan arak menjadi haram dan dilaknat oleh Allah SWT.

No comments:

Post a Comment