Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) mengeluarkan amaran serius terhadap khabar angin akan berlaku hari kiamat pada 21 Disember ini berdasarkan perkiraan kalendar kaum Maya.
Astrobiologi Pusat Kajian Ames Nasa, David Morrison berkata ramalan itu karut kerana ia mencetuskan ketakutan serta tekanan kepada remaja seluruh dunia.
David Morrison
Menurut Nasa, pihaknya menerima sejumlah besar emel dan surat daripada mereka yang bimbang mengenai perkara itu.
"Sebahagian daripada mereka tidak lalu makan, tidak dapat tidur dan ada yang sanggup membunuh diri," kata Morrison melalui rakaman video dimuat naik Nasa ke dalam Google, Rabu lalu.
"Menerusi cerita disebarkan penulis Azerbaijan, Zecharia Stichin dalam 1976, sebuah planet asing bernama Nibiru yang ditemui puak Sumeria akan melanggar dan memusnahkan Bumi pada tarikh itu.
"Jika Nibiru atau Planet X wujud, ia pasti sudah dikenal pasti sedekad lalu dan pada masa ini mungkin sedang menuju ke Bumi serta dapat dilihat dengan jelas," kata Morrison.
Morrison turut menyangkal khabar angin bahawa medan magnetik Bumi akan terbalik secara tiba-tiba dan planet ini akan memasuki lohong hitam yang wujud pada pusat Bima Sakti. - MailOnline
Note; Bila dah dkt masa/tarikh dikatakan 'Kiamat'...menafikan pulak bila tiada tanda-tanda. Kenapa tak menafikan awal-awal dulu, bulan Sept ke..Oktober kenyataan [fitnah] ini dikeluarkan beberapa tahun lepas melalaui kajian terhadap Kaledar Puak Maya,ianya lebih popular bila filem lakonan John Cusack, arahan Roland Emmerich bertajuk 2012 ditayangkan pada 2 tahun lepas.
1-Surah AlA’raaf. Ayat 187.
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
2-Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:-
“Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya.
3-Antara Hadis-Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :-
Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." Sahih Bukhari
4-
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*
No comments:
Post a Comment