Pages

31 May 2013

Bunga-Bunga Cantik Yang Boleh Membunuh

Bunga-bunga yang cantik tidak semua menawan di rumah anda jika ianya mampu membawa padah kepada pemilik. Walaupun hanya cuma beberapa jenis bunga yang berbahaya tumbuh liar di dunia,kita perlu berwaspada jenis pokok bunga apakah yang menghiasi rumah anda itu. Berikut ada 5 jenis pokok bunga yang beracun dan boleh membawa maut.

1-Bunga Hemlock atau Conium adalah tumbuhan berbunga adalah toksik asli di Eropah dan Afrika Selatan. Ia adalah popular bagi orang Yunani purba, yang digunakan untuk membunuh banduan mereka.
Bunga Hemlock
Bagi orang dewasa, pengambilan 100mg conium atau kira-kira 8 helai daun tumbuhan ini boleh menyebabkan kematian,bermula dengan lumpuh anggota badan, minda yang gelap dan akhirnya sistem pernafasan terhenti. Mungkin keracunan bunga Hemlock ini yang paling terkenal digunakan untuk hukuman bunuh pada tahun 399 SM.
2- Bunga Aconite -Juga dikenali sebagai wolfsbane, Aconite  menyebabkan fungsi jantung lemas dan terhenti. Keracunan boleh berlaku selepas menyentuh daun tumbuhan tanpa memakai sarung tangan kerana ia adalah sangat cepat dan mudah menyerap melalui tisu-tisu kulit. Kerana sifatnya yang sukar dikesan, ia telah menjadi sangat popular kepada pembunuh. Dilaporkan, mangsa yang terkenal Maharaja Claudius dikatakan telah diracun oleh isterinya, Agrippina, menggunakan aconite dalam pinggan.
3-Bunga Belladonna- Daun Belladona boleh membawa maut dan itulah sebabnya ia telah digunakan untuk diletakkan di anak panah dari tumbuhan tersebut. Digunakan untuk peperangan pada zaman dahulu.
4-Blood Flower
Nama sainstifiknya ialah Scadoxus multiflorus juga dikenali sebagai Bunga Darah, akarnya yang beracun yang boleh membunuh. Tumbuhan ini kebanyakannya di kwasan beriklim tropikal di Afrika tetapi tersebar secara meluas di tanah rendah, kaki gunung hutan savana dan padang rumput terbuka.
5-Bunga Lalang Jimson
Bunga lalang Jimson telah digunakan sebagai ubat dan memabukkan khayal selama berabad-abad. Tetapi dalam dos yang tinggi menyebabkan degupan jantung yang pantas dan boleh membawa maut.

2 comments: