Pages

7 January 2013

AMARAN RIBUT SONAMU



Ribut Tropika Sonamu kini dijangka menuju ke Sarawak

Mengikut Jabatan Metereologi Malaysia, Tropical Sonamu yang sekarang ini berada 500km jauhnya dari pantai Dungun Terengganu dikatakan dalam keadaan “pegun” . Pusat kajian cuaca antarabangsa pula meramalkan Tropical Storm Sonamu akan menuju ke Sarawak dengan kelajuan 64 km/h . Sonamu yang sebelum ini sudah turun tahap di bawah kelajuan 63 km/h kini sudah meningkat kembali kepada ribut dgn kelajuan melebihi 64 km/h – 118 km/h.


Ia dijangka akan mulai perlahan apabila sampai di daratan Sarawak hari ini . Walau bagaimanapun ini hanyalah Ramalan dan kemungkinan untuk ia berpusing kembali ke arah Terengganu masih ada.


Amaran Jabatan Metereologi

Di keluarkan pada 08:57AM 08 Januari 2013
Peringkat : Lekukan Tropika
Masa Pencerapan : 8:00 pagi, 8 Januari 2013.
Kedudukan : Latitud 6.0 Utara; Longitud 108.0 Timur; kira-kira 555 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.
Pergerakan : Hampir pegun.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 526 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.


Source: Jabatan Metereologi Malaysia, TropicalStormRisk.com

Kemaskini berkaitan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora ( Kategori Kedua)

* Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Dipetik daripada : Alberto Alejendro Blog




AMARAN RIBUT SONAMU
Penulis baru sahaja mendapat berita mengenai ribut tropika SONAMU yang dijangka akan melanda sebahagian besar kawasan pantai timur Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu.

Berikut adalah amaran yang dikeluarkan oleh pihak Meteorologi Malaysia di lamang sesawangnya;



Nasihat Ribut Tropika.

Di keluarkan pada 08:52PM (06 Januari 2013)

Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).

Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.

Kedudukan :

Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

Para komentar boleh merujuk ke pautan berikut untuk info tambahan:
http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1328&Itemid=565&lang=english

http://www.nasa.gov/mission_pages/hurricanes/archives/2013/h2013_Sonamu.html

No comments:

Post a Comment