Pages
▼
10 January 2013
Terowong Rahsia Cu Chi Di Vietnam
Terowong Cu Chi merupakan jaringan besar yang menghubungkan terowong bawah tanah yang terletak di daerah Cu Chi di Ho Chi Minh City (Saigon), Vietna.
Terowong ini digunakan oleh gerila Viet Cong sebagai tempat persembunyian semasa pertempuran, sebagai pusat komunikasi, berperanan sebagai rumah sakit, penyediaan makanan dan senjata juga tempat tinggal bagi para pejuang gerila. Hebatnya sistem terowong ini, ianya begitu berjasa terhadap Viet Cong dalam melawan Amerika.
Terowong Cu Chi terletak kira-kira 70 kilometer di barat laut HCMC, membuka kembali memori hitam generasi Viet Cong yang masih wujud sehingga hari ini. Ia adalah tinggalan kisah perit dan nanah anak bangsa akibat belerang perang seawal tahun 1940 ketika Vietnam di bawah telunjuk Perancis.
Reka bentuk terowong umpama sarang labah-labah itu begitu unik dengan binaan tiga tingkat dengan tingkat paling bawah ialah laluan lepas lari ke Sungai Saigon. Dalam tempoh 20 tahun, jarak terowong yang disiapkan hanyalah sejauh 48 kilometer.
Viet Cong terus membina terowong itu sepanjang era Perang Vietnam bagi menentang Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya dari tahun 1959 hingga 1975. Ini menjadikan panjang keseluruhan terowong yang dibina mencecah 250km. Difahamkan, terdapat di antara 7,000 hingga 8,000 Viet Cong dan keluarga mereka tinggal di dalam terowong sepanjang kemelut perang yang berakhir pada 30 April 1975.
Tetamu Terowong Cu Chi berpeluang mendengar penerangan penuh emosi tentang kesukaran zaman gelap itu selain mengagumi kebijaksanaan pencetus idea dan fungsi terowong tersebut. Ironinya, sehingga kini tidak diketahui sesiapa.
Paling mengujakan dan meremangkan bulu roma adalah apabila pengunjung merasai sendiri pengalaman merangkak di dalam salah sebuah rentangan terowong yang sempit, dingin dan mengerikan itu.
Dan jangan lupa, ‘kehebatan’ Amerika dalam memerangi negara-negara yang mempunyai kepentingan peribadinya dan yang memusuhinya ternyata amat trauma dengan terowong-terowong sebegini..
No comments:
Post a Comment