Pages
▼
12 February 2013
Kota Thaif Dan Buah Zaqqum
Gambar hiasan (buah Zaqqum)
Negara Arab Saudi terkenal dengan iklim dan cuaca yang panas. Maklumlah dataran Arab memang ditakdirkan Allah SWT dengan sedemikian rupa. Tetapi jangan hairan dan takjub dengan sebuah kota yang bernama Thaif. Jika di Malaysia, mungkin seperti Cameron Highlands, yang dianugerahkan dengan suhunya yang sejuk dan dingin.
Thaif adalah sebuah daerah yang lokasinya hanya 80 kilometer dari Mekah, tetapi mempunyai iklim yang sungguh berbeza dengan Mekah. Di Mekah mungkin orang ramai terbiasa dengan suhu panas sehingga melebihi 40 darjah Celsius pada umumnya. Jarak di antara Mekah dan Thaif hanyalah sejam lebih perjalanan menaiki kenderaan biasa.
Thaif terkenal sebagai pengeluar produk sayur-sayuran dan buah-buahan di Arab Saudi. Thaif diberkati Allah SWT dengan kesuburan tanahnya walaupun komposisi tanahnya yang berbatu lebih banyak. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdapat di pasar tradisionalnya melimpah ruah dan segar.
Segala jenis buah-buahan dan sayur-sayuran berada di Thaif termasuk penghasilan buah delima yang sangat terkenal. Semua produk tersebut diedarkan di seluruh Arab Saudi dan lain-lain negara di Tanah Arab.
Untuk memasuki Thaif, diperlukan keizinan khusus dan pemeriksaan yang cukup ketat. Ini mungkin kerana di sana terdapat akademi tentera dan gedung senjata kerajaan Arab Saudi.
Thaif dikelilingi oleh pergunungan yang sekali gus mempengaruhi iklim dingin dan sejuk. Dahulunya, Thaif sekadar mengingatkan dengan kisah pengusiran baginda Nabi Muhammad SAW dan dilempar batu oleh musuhnya. Kini di daerah ini pula tumbuh subur pokok zaqqum, pokok yang dipenuhi duri tajam dan besar.
Apakah gerangan pokok zaqqum ini? Adakah ia sama dengan pokok ghorqod Yahudi? Atau apakah hikmah di sebalik pohon zaqqum yang tumbuh di Thaif dengan pokok zaqqum di neraka?
Firman Allah SWT bermaksud: Dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat (zaqqum) di dalam al-Quran dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran), maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau. (al-Israa': 60)
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat). (as-Saaffaat: 63)
Manakala firman Allah SWY bermaksud: (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqqum (buahnya) menjadi makanan bagi orang-orang yang berdosa (dalam neraka), makanan ini pula panas, seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (ad-Dukhan: 43-46)
Firman Allah bermaksud: Sebenarnya ia (zaqqum) sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang. Buahnya seolah-olah kepala syaitan-syaitan. (as-Saaffaat: 64-65).
Seperti dimaklumkan, syaitan sentiasa melihat kita sedangkan kita tidak dapat melihatnya. Syaitan mendengar apa yang kita katakan sedangkan kita tidak merasa akan bisikannya. Iblis laknatullah menggoda manusia dengan cara yang halus dan tidak dirasai manusia.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia seperti berjalan atau mengalirnya darah."
Daripada Abu Hurairah ra. katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Syaitan mengikat tengkuk salah seorang kamu (setiap orang) ketika tidur pada waktu malam dengan tiga ikatan. Apabila orang yang tidur itu bangun daripada tidurnya kemudian dia mengingati Allah SWT (membaca doa bangun tidur), maka terbukalah satu ikatan. Jika dia berwuduk, terbukalah satu ikatan lagi, dan jika dia mengerjakan solat (Subuh), terbukalah yang ketiga, sehingga dia menjadi sihat dan cergas. Kalau tidak melakukan yang tiga itu, dia merasakan rimas atau malas." Demikian bahaya yang ditimbulkan oleh syaitan.
Setitik zaqqum
Berbalik kepada pokok zaqqum, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Seandainya setitik daripada zaqqum dititikkan di dunia nescaya akan menghancurkan kehidupan semua penghuninya. Lalu bagaimana dengan keadaan orang yang menjadikan zaqqum sebagai makanannya?" (riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dalam sunannya, kitab az-Zuhud, bab Shifat an-Nar).
Walaupun pokok zaqqum tidak sama dengan pokok ghorqod, tetapi orang-orang Yahudi sudah terkenal dan suka menanam dan memelihara pohon ghorqod dan kini telah banyak terdapat dan ditanam oleh mereka, khususnya di bumi Palestin, bahkan pohon tersebut diedarkan ke seluruh Amerika Syarikat.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pokok, lalu batu dan pohon itu berkata : Hai Muslimin, hai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku, kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pokok ghorqod, maka itu adalah daripada pokok-pokok orang Yahudi. (riwayat Muslim)
Begitu juga tanah Palestin adalah warisan umat Islam sejagat sejak zaman berzaman daripada para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah SWT.
Sumber
Terima kasih HooToh TuDia...komen anda
ReplyDeleteInsyaAllah sy akan dapatkan....