Dalam meningkatkan mutu keluaran makanan segera,syarikat francais terkenal McDonald's telah mengeluarkan berbagai produk makanan segera baru dan juga mengatasi persaingan pasaran makanan segera global. Tetapi dalam persaingan untuk terus maju itu tetap ada kegagalan yang menimpa McDonald's.
Di bawah ini adalah 10 jenis produk makanan yang telah gagal dipasaran.
1-Mc Lean Deluxe
Masalah utama produk ini McDonald adalah memasukan Diet Coke / Coke Zero bersama burger dan masalah utama kedua adalah jelas rasanya. Ia telah diperkenalkan oleh McDonald sebagai produk rasa hebat dengan lemak yang rendah, tetapi sebenarnya ia tidak. Mereka menggunakan air tambahan untuk menggantikan air di dalam produk ini dan kemudian ia bercampur dengan carrageenan (sejenis rumpai laut) hanya untuk memastikan kandungan air di dalam daging kekal. Ia benar-benar membuat burger dengan rasa tidak enak akhirnya ia gagal di pasaran.
2-McAfrica
Apakah perkara yg paling teruk anda mungkin boleh lakukan apabila kebuluran yang meluas di Afrika dan McD memperkenalkan dan memasarkan McAfrica burger - sesuatu yg tidak patut dgn kebuluran kanak-kanak miskin di Afrika seperti sesuatu sindiran terhadap negara itu.
Masalah dengan produk ini juga tidak berada di dalam negara miskin itu. Ini bukan kali pertama McDonald membuat kesilapan ini - pada tahun 2002 mereka mengeluarkan McAfrika di Norway yang mengandungi daging lembu dan sayur-sayuran dalam roti lapik. Tindak balas ini adalah begitu teruk, kotak derma disediakan di kedai2 McDonald utk sumbangan/derma kebuluran di Afrika. kenapa McD tidak mengenakan caj utk sumbangan melalui harga burger itu?Dengan pemasaran yang cemerlang itu, mungkin kita boleh melihat ke hadapan untuk McD mengeluarkan produk- McHolocaust pada masa hadapan.
3-McPasta
Selepas ujian pasta pada tahun 1989, McDonald mula menguji menu berasaskan pasta sebanyak 40 unit di seluruh Selatan Rochester, NY pada bulan September 1991, termasuk bahan2nya spt lasagna, fettuccine Alfredo, dan spageti dengan bebola daging. Pada awal 1990-an. Menu baru utk mkn malam telah diuji selama 6-12 bulan di dua lokasi di New York dan Tennessee. Ia terdiri daripada pizza yang disebutkan di atas, tetapi juga termasuk lasagna, spaghetti, fettuccine Alfredo, dan ayam panggang sebagai hidangan ringan.
Hidangan sampingan termasuk kentang lecek bersama kuah dan sayur-sayuran. Seperti McPizza, rakyat hanya tidak berminat untuk makan pasta di McDonald. Baru-baru ini syarikat itu cuba dgn pasta, iaitu makanan untuk kanak-kanak di New Zealand dan Australia - kedua-dua negara itu juga tidak mendapat sambutan baik oleh penduduknya.
4-McPizza
Pada pertengahan tahun 1990-an, McDonald memutuskan untuk memperkenalkan pizza dlm perniagaan mereka. Tetapi pizza yang terhasil adalah hambar tidak menarik minat pembeli, dan kebanyakan orang yang benar-benar mahu pizza mereka akan pergi ke kedai pizza. Mengapa produk ini gagal? Pendek kata, kalau kita hendak makan pizza lebih baik pergi ke Domino Pizza atau Pizza Hut. Sbbnya..? ia banyak pilihan.
5-McHotdog
Dalam autobiografinya tahun 1977, CEO McD, Ray Kroc melarang syarikat itu daripada menjual sebarang produk menggunakan hot dog, tanpa mengira potensi permintaan yg tinggi ketika itu, kerana dia menganggap sebagai tidak bersih, namun McD telah memperkenalkan produk hot dog pada tahun 1990-an di beberapa kedai terletak di Midwestern pd musim panas.
UK juga menjual pada akhir tahun 1990-an dlm menu McChoice yang (kemudian ditukar PoundSaver). Selain itu, sekurang-kurangnya satu restoran Amerika menawarkan Oscar Mayer hot dog pada suatu masa, dan lokasi McDonald di Zoo Metro Toronto dan Skydome di Toronto juga menawarkan hot dog sehingga thn 1999.
Di lokasi Tokyo hot dog boleh didapati pada tahun 2001, dan telah diperkenalkan semula pada tahun 2009, yang digelar "Dog McHot." Walaupun banyak cubaan untuk memulihkan McHotdog, tidak pernah menjadi.
6-McLobster
Apa yang ianya gagal? harga! Siapa yang mahu untuk menghabiskan $5.99 atau RM18.30 pada satu makanan segera yang belum tentu memuaskan kelaparan kita.Produk ini sebenarnya masih boleh didapati di beberapa francais Kanada dan kadang-kadang di Maine.Terus terang, jika anda mahu makan udang, anda tidak akan pergi ke McDonald untuk mendapatkannya. Hanya beberapa ekor udang dan sekeping roti tidak mungkin mengenyangkan anda.
7-Arch Deluxe
McDonald Arch Deluxe item menu bermula pada tahun 1996 dinamakan sebagai Arch Deluxe. Tetapi produk ini tidak menarik orang dewasa kerana mereka menganggapnya jijik spt semata-mata dikeluarkan utk kanak-kanak. Walaupun beberapa pendekatan pengiklanan yang baru telah cuba oleh syarikat itu untuk menarik perhatian pelanggan dewasa,namun ianya tetap gagal.
8-McDLT (McDonald’s Lettuce dan Tomato)
McDLT (salad dan tomato McDonald) telah dijual dalam bentuk pembungkusan. Daging dan di bawah separuh daripada roti yg telah disediakan secara berasingan daripada salad, tomato, keju Amerika, jeruk, sos, dan roti separuh. Kemudian dibungkus ke dalam bekas dua belah bahagian yang direka khas. Pengguna kemudiannya penyediaan burger ini dengan menggabungkan sendiri bahan-bahan yg diasingkan sebelum makan.Ia dilancarkan pada thn 80-an. Burger ini akhirnya menemui kegagalan dan McDonald terpaksa menjenamakan semula McD.
9-Hulaburger (Burger Nanas)
Hulaburger adalah dikenalkan oleh Ray Krok (orang yang membeli syarikat McDonald dan menjadikannya mega francais yang kita tahu hari ini). Burger ini telah diwujudkan pada tahun 1963 bertujuan untuk orang Roman Katolik yang dilarang memakan sebarang daging pada hari Jumaat. Ia pada asasnya burger keju tetapi dengan sepotong nanas bukan daging di dlmnya. Anda sanggup mkn...? Burger ini merupakan satu malapetaka buat McD- Tentu rasanya meloyakan tekak,tidak seperti Filet-O-Fish yang dipasarkan pada masa yg sama dengan francais di Cincinnati yg mendpt sambutan.
10-Mc Gratin Croquette
Ini burger khas McDonald - direka untuk pasaran diJepun - ia gagal dan mengecewakan penduduk Jepun. Mengapa ia gagal? Mungkin ia adalah hakikat bahawa ia mengandungi Makaroni goreng, udang, dan kentang lecek bersama kubis di dlmnya. Ianya tidak mendapat sambutan rakyat Jepun kerana rasa tidak enak.
No comments:
Post a Comment