Pages

30 May 2013

Hospital Terbiar Di Pulau Pula,Croatia Yang Menyeramkan

Memang tidak dinafikan suasana menyeramkan yang menyelimuti seluruh hospital tinggalan ini. Jadual pemeriksaan rawatan, peralatan bedah dan sebagainya ini menambah kepada keseraman di keseluruhan bangunan. Walaupun di siang hari, terdapat banyak wad-wad yang keadaan suram,berselerak seperti filem-filem seram.
Peralatan bedah ini adalah sebahagian daripada peralatan di sebuah hospital lama di bandar Pula di Croatia. Jurugambar Igor Zgrablic berkata dia tidak tahu banyak maklumat tentang masa lalu hospital ini yang ditutup pada tahun 2003.
Jadual pemeriksaan dan dokumen-dokumen lain masih kelihatan baik walaupun berselerakan.
Beberapa peralatan hospital masih kelihatan keadaan yang cukup baik dan sesetengah negara lain tidak memilikinya. Dan terfikir mengapa ianya ditinggalkan sebegini. Dan mengapa peralatan ini tidak dipindahkan ke Ganeral Hospital berhampiran. ianya menjadi tanda soal.
Bilik ini lebih menyerupai penjara dan sebenarnya adalah wad untuk pesakit di hospital. Jika tidak kerana tingkap dan cermin, kita mungkin terfikir bahawa ia adalah stor.
Kelihatan potret seorang gadis muda di ruang tamu, ia mungkin kelihatan agak manis jika gambar ini diletak di dinding rumah anda, tetapi di hospital kosong ini,sepi tanpa penghuni,suasana suram agak kelihatan menyeramkan. Harap-harap ia tidak menggerakan matanya.
Tangga menuju ke tingkat atas di mana terletak wad-wad dan pejabat hospital.
Malang sekali admin tidak dapat perolehi banyak maklumat tentang hospital di Pula Island ini, kenapa dan mengapa ianya dihentikan operasi pada tahun 2003. Cuba banyak kali untuk search di google dan hubungan kawan di Croatia malangnya mereka tidak berapa tahu tentang cerita ini.
Admin rasa Pulau Pula ini tidak ramai penduduk hanya 57,765 orang mengikut bancian pada tahun 2011,ianya kemungkinan sebuah private hospital yang muflis. Apapun ianya masih menjadi misteri. Jika ada pembaca blog saya ini perolehi maklumat tentang ini, sila share/comment.

No comments:

Post a Comment