Pages

11 June 2013

Kecantikan Melalui Penyeksaan Suku Asli Di Afrika

Kecantikan melalui penyeksaan, itulah hakikatnya penduduk suku asli di Afrika. Plat bibir, piring bibir atau cakera bibir telah dipakai selama berabad-abad dalam masyarakat asli di seluruh Afrika, Amerika Selatan dan puak-puak Inuit di utara Kanada. Walaupun paling biasa dipakai oleh kaum wanita dalam sesetengah masyarakat ia menjadi adat bagi lelaki untuk memakai plat yang diperbuat dari tanah liat itu, kadang-kadang dipakai kedua-dua bibir atas dan bawah.
Bagi kebanyakan orang, amalan ini telah berhenti pada abad ke-20. Dan hari ini, puak-puak Ethiopia Omo Valley di barat daya negara ini dianggap sebagai sebahagian daripada beberapa penduduk Afrika masih mengamalkan seni pelik ini.
Suku Mursi adalah paling dikenali kerana memakai cakera bibir bersaiz pinggan makan malam yang dipakai wanita sejak zaman remaja mereka. Suku Mursi hidup di Lembah Omo, 1,840 kilometer dari ibu kota Ethiopia, Addis Ababa. Dianggarkan terdapat kurang daripada 10,000 orang suku Mursi hari ini, kebanyakkan mereka pengembala lembu dan petani.
Untuk menandakan peningkatan usia dari gadis kepada wanita, pada peringkat awal remaja seusia 13 tahun dimulakan proses regangan bibir mereka bersaiz kecil sedikit. Mereka mula dengan memotong hirisan kecil beberapa sentimeter di bibir kemudian dipasang dengan pasak kayu - satu proses yang sensitif yang boleh menyebabkan kanak-kanak perempuan sakit yang ketara.
Beberapa minggu kemudian, apabila luka awal telah sembuh, tambatan digantikan dengan satu yang lebih besar, dan proses regangan mula mengambil bentuk semakin membesar saiz dari peringkat demi peringkat selari dengan usia.
Apabila lubang cukup besar, tanah liat pertama atau plat kayu berukuran kira-kira 4 cm lebar dimasukkan dalam bibir. Dalam tempoh setahun plat digantikan bila usia semakin memingkat dan lubang bibir semakin matang. Plat terakhir dipakai sehingga 8cm dan 20cm dan mereka mungkin perlu membuang beberapa gigi bawah untuk menampung bibir mereka.
Untuk meminang dari pihak lelaki dari suku ini, jika wanita memiliki plat bibir yang paling besar, maka mas kahwin mereka lebih tinggi dan menjadi pilihan setiap lelaki.
Pada hari ini, kebanyakkan remaja suku ini tidak lagi mahu memakai plat ini dan bertekad untuk tidak memakainya. Dan kaum lelaki tidak lagi memilih bakal isteri yang memiliki plat dibibir.

1 comment:

  1. Adakah pasangan anda selalu bekerja di luar pejabat /kerja lapangan yang menggelapkan kulit?
    Adakah anak anda aktif dalam sukan dan kerap berjemur di bawah terik matahari?
    Adakah anda masih ingin kekal Cerah meskipun terdedah pada cuaca panas?


    Call / Sms: +6016 2715447
    Email: 772shine[@]gmail[.]com
    Google up: Shine FS

    ReplyDelete