'Satu tikaman telah tercucuk bahagian paru-paru, salah satu tikaman menusuk hatinya dan tikaman ketiga telah rosak arteri utama di lehernya. Dwyne amat bertuah kerana masih hidup. Jika dia akan dibiarkan lebih lama pasti dia akan mati'. Dr Mavili berkata.
Dr Mavili menjelaskan bahawa Dwayne telah mengalami sebanyak 19 kesan tikaman dan luka akibat pisau cukur. Dwayne telah diserang pada waktu awal pagi Selasa lepas ketika dia dalam keadaan mabuk dan keluar dari bar berdekatan.
Dwayne Ward ditemui terbaring berlumuran dengan darah
Remaja itu didakwa diserang hendap dan penyerangnya dikatakan telah merompak, membogelkan, menikam dan mengelar Dwayne dan mencampak mangsa di taman sekitar resort itu.Dua lelaki terbabit itu, Attila Dincer, 26 tahun dan satu lagi yang dinamakan hanya sebagai Ismail A berusia 24 tahun telah ditahan dalam tempoh 48 jam dalam serangan itu. Mereka kini ditahan reman menghadapi tuduhan termasuk rompakan, mencederakan dengan niat dan cubaan membunuh.- DailyMail.UK
No comments:
Post a Comment