Pages

10 June 2013

Tip Merawat Sakit Buah Pinggang

Tip atau petua untuk merawat sakit buah pinggan jika anda ada mengalami masalah komplikasi ini lebih baik amalkan petua di bawah ini. Sebelum kita pergi ke petua saya ulas sedikit fakta pengenai komplikasi ini dulu. 
Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah. 
Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang? 
Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini memerlukan cara-cara rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi.

Tip dan Rawatan Tradisional
Petua atau tip ni saya [ admin sendiri] ambil dari sepupu yang tinggal di Muar, Johor. Dia mengalamai komplikasi ni semasa umur awal 20 tahun kalau tak silap saya, lebih kurang 10 tahun dulu. Dia boleh dikatakan di tahap kritikal terpaksa kena buat pembedahan untuk buang buah pinggang. Tempoh lagi 2 minggu untuk buat operation di hospital.
Tombong Kelapa 
Datuknya [kini arwah] bagi tombong kelapa [bila belah buah kelapa tua ada anak biji di dalamnya] dan minum air perahannya. Pesan datuknya amalkan sehingga 2 minggu setiap pagi. Sepupu saya amalkan selama 2 minggu sebelum operation. Tiap-tiap pagi dia minum air tombong kelapa dan makan  2-3 biji tombong kelapa sekali [ bukan isi kelapa-jangan tersilap].
Sampai masa untuk tarikh operation, doktor sahkan penyakit buah pinggang tidak ada lagi selepas buat pemeriksaan. So, insyaAllah jika pembaca/blogger atau bagi tau kawan-kawan suruh amalkan tip ni. Tapi make sure sebelum buat pembedahan.
Alhamdulillah sepupu saya masih sihat sehingga sekarang. Sebenarnya tip ni orang-orang dulu-dulu amalkan.
Cara-Cara Rawatan Dengan Air Tombong Kelapa
  1. Ambil tombong atau dalam bahasa Jawa dipanggil 'Kentos Kelapa' tidak kira berapa biji setiap pagi. 2 atau 4 biji tombong kelapa sudah cukup.
  2. Perah airnya dan minum dan dimakan tombong macam biasa pun boleh. 
  3. Saiz tombong tidak kisah besar atau kecil, tapi seboleh-bolehnya yang ada air di dalamnya.
  4. Jika orang Islam, baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 3 kali sebelum minum airnya atau makan.
  5. Amalkan sehingga 7 -14 hari. Mudah-mudahan sembuh. InsyaAllah.[Pastikan amal setiap pagi].
* Jika tidak faham tips atau cara-cara di atas sila komen.
Hadith :
1- Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram".

Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
2-"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah".
(Riwayat Muslim dan Ahmad).

Tunjuk Perasaan Berterusan Di Istambul, Turki

ANKARA - Pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis meletus di Istanbul, kawasan berhampiran Gazi lewat Jumaat sebagai demonstrasi yang dicetuskan kerana perobohan Gezi Park berlanjutan hingga hari ke-12.

Polis menyerang sekumpulan penunjuk perasaan kira-kira 5,000 penyokong di sekatan jalan raya dengan gas pemedih mata dan meriam air. Penunjuk perasaan dilaporkan membuat serangan balas dengan membaling bunga api dan lastik.
Pengikut fahaman Mustapha Kamal Artaturk-Masih lagi mempunyai pengikut fahaman sekular
Ketegangan juga telah meningkat di pinggir Istanbul, sebuah persekitaran yang terkenal dengan sentimen pembangkang dan penduduk Alevi yang tinggi.
Penunjuk perasaan anti-kerajaan melaungkan slogan, mengibar bendera dan menjulangkan potret Mustafa Kemal Ataturk, pengasas Turki moden, semasa demonstrasi di pusat Ankara 7 Jun 2013. [Photo / Agensi]
Orang Turki membantah perobohan Gezi Park Taksim sejak seminggu lalu yang kemudian bertukar menjadi pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan.
Protes anti-kerajaan telah merebak ke 67 wilayah, termasuk Ankara dan bandar-bandar pantai Antalya dan Izmir. Pertempuran telah membawa kepada tiga orang mati, lebih 4,000 cedera dan ribuan ditahan.