Pages

13 June 2013

Projek UFO Rahsia Milik Tentera US

alt+title
Projek rahsia UFO milik tentera US buat pertama kali didedahkan kepada umum. Walaubagaimanapun spekulasi tentang kewujudan UFO masih lagi menaruh kepercayaan besar masyarakat dunia. Walaupun tidak pernah ada bukti satupun mengenai kehadiran 'alien' sehingga sekarang. Seperti peristiwa UFO terhempas di Roswell, New Mexico pada tahun 1947 menjadi tanda tanya dan tiada bukti kewujudan atau bangkai alien di kawasan itu. Dan NASA berkeras menyembunyikan bukti-bukti kejadian itu.
alt+title
Pada tahun 1950-an, 'piring terbang' istilah telah menjadi sinonim bagi 'UFO' media memainkan peranan untuk popularkan kisah yang berkaitan dengan pelawat asing datang melawat bumi semasa Perang Dingin. Tetapi itu tidak bermakna bahawa syarikat-syarikat aero-angkasa pernah membuat eksperimen dengan reka bentuk itu. Satu contoh itu ialah VZ-9 Avrocar, dibina oleh Avro Canada pada tahun 1958, bertujuan untuk membangunkan jet supersonik, berlepas dan mendarat menegak (VTOL) pengintip, peperangan dan sebagai jet pengebom. Tetapi dalam realiti reka bentuk retro-futuristik menemui kegagalan yang hanya boleh terbang mencapai ketinggian 3 kaki [sama tinggi dengan reban ayam]dan kelajuan tidak melebihi lebih daripada 35 bsj.
alt+title
(Image: Wmpearl; Bill Zuk; public domain)
Walaupun dimulakan oleh kerajaan Kanada pada tahun 1952, pembiayaan terhenti apabila projek menjadi terlalu mahal. Avro Canada beralih kepada Tentera Darat Amerika Syarikat dan Tentera Udara yang berusaha untuk membangunkan pesawat itu dari tahun 1958 dalam projek atas nama 'black secret'. Reka bentuk dimanfaatkan dengan ekzos dari tiga enjin turbojet untuk pemanduan 'turborotor' berbentuk bulat. Apabila diarahkan mendarat ke bawah, turbotrotor yang dijana dengan kusyen udara [bahagian bawah pesawat] yang dikenali sebagai 'kesan bumi', membolehkan pesawat untuk 'terapung' pada ketinggian yang rendah dengan stabil.
(Image: Wmpearl; Bill Zuk; public domain)

Keperluan berbeza bagi setiap cawangan tentera US. Cawangan tentera lain mahukan pesawat jenis subsonik yang boleh membawa tentera ke semua kawasan dan sebagai pesawat peninjau, manakala Tentera Udara memohon jet VTOL yang boleh berlegar di bawah radar musuh dan mempercepatkan untuk kelajuan supersonik.
(Image: Bill Zuk, public domain)
Avro Canada membina dua teknologi aero-angkasa untuk membuktikan  konsep supersonik. Tetapi ujian ditentukan bahawa Avrocar tidak mencapai penerbangan supersonik yang diharapkan oleh pihak US, dan kusyen udara di bawah jet itu menjadi tidak stabil hanya beberapa kaki dari aras tanah.
(Imej: USAF (atas, bawah), public domain)
Penerbangan ujian yang berkesan mengesahkan keputusan terowong tekanan angin Avrocar-aerodinamik tidak stabil dan menunjukkan penerbangan tidak terkawal.
Oleh kerana tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah ini, projek ini telah dibatalkan pada tahun 1961.

Avrocar Hari Ini
(Image: Alvintrusty, cc-sa-3.0)
Dua pesawat Avrocar dipameran dan satu lagi kini di bawah pemulihan di US Army Transportation Museum di Virginia. Yang kedua lagi telah didermakan kepada National Air dan Space Museum dan telah menghabiskan masa 40 tahun disimpanan di Suitland, MD. Ia kini ditempatkan di Muzium Tentera Udara AS di Dayton, Ohio. Sebuah replika skala penuh yang boleh dilihat di Western Canada Aviation Museum di Winnipeg, Manitoba.
Dan ini projek rahsia yang failed, yang berjaya tidak pula didedahkan kepada umum.

10 Stesen-Stesen Keretapi Berhantu Di Dunia

alt+title
10 stesen-stesen keretapi terbiar dan berhantu telah banyak  diceritakan oleh penduduk tempatan di merata daerah. Rumah-rumah, bangunan lama dan stesen keretapi terbiar atau ditutup sememangnya berhantu tambah pula berkisarkan sejarah atau tragedi silam pernah terjadi sebelum. Tempat yang pernah berlaku kemalangan yang meragut ramai nyawa dan di Jepun biasanya jalan penyelesaian terakhir hidup seperti bunuh diri di rail keretapi adalah cerita harian. Berikut adalah sepuluh tapak stesen keretapi terbiar dan berhantu terkenal di dunia.
1. Szabadka, Serbia
alt+title
Szabadka, Serbia
Menunjukkan stesen terbiar yang dibina pada tahun 1800 bekas  bandar milik Hungary. Hari ini ia telah dilupakan sebagai stesen keretapi yang terpenting dulu. Hanya kedengaran cerita-cerita menyeramkan berlaku di sini. Ia jauh terbiar dikelilingi oleh ladang dan mengambil masa satu jam berjalan kaki untuk sampai ke sini.
2. Station, France
 Station, France
Hanya tinggal bangunan pejabat usang stesen keretapi di Perancis. Sejarah pembinaannya dan mengapa ianya tidak beroperasi tidak diketahui. Kemungkinan besar berlaku masalah ekonomi dan tiada budget untuk membiayai kos baik pulih.
3. Imej Stesen Tube Aldwych, London, UK
Stesen Tube Aldwych, London, UK
Stesen keretapi Tube Aldwych dibuka pada tahun 1907 dan akhirnya ditutup pada tahun 1994 kerana pendapatan tidak cukup untuk menampung kos  pembaikannya. Walau bagaimanapun, stesen ini masih ikonik kerana ia telah digunakan dalam banyak filem-filem dan kononnya sebagai keretapi yang berfungsi dan menyamar sebagai stesen bawah tanah.
4. Stesen Chamberí, Madrid, Sepanyol
Chamberí, Madrid, Sepanyol
Ini adalah sebuah stesen keretapi berhantu yang telah dibaik- pulihkan untuk dijadikan sebuah muzium di Madrid. Sepanyol memutuskan untuk membuat muzium yang boleh dikunjungi orang ramai secara percuma.
5. Stesen Keretapi Helensburgh, New South Wales
 Stesen Keretapi Helensburgh, New South Wales
Hampir tersembunyi daripada penglihatan kerana penuh dengan tumbuhan menjalar. Stesen keretapi ini terletak di Helensburgh, New South Wales, telah ditinggalkan sejak tahun 1915 apabila sebuah stesen baru dibuka 200 meter ke arah utara. Terbiar hampir satu abad, stesen ini hanya lima minit pemanduan dari bandar Helensburgh. Tidak diketahui mengapa ianya tidak digunakan lagi.
6. Stesen Metro Kymlinge, Stockholm
Stesen Metro Kymlinge, Stockholm
Pada 1970-an, pihak berkuasa di Stockholm merancang membina landasan metro ini untuk terus ke Kymlinge, tetapi diatas apa sebab ia terbengkalai dalam separuh pembinaan. Hanya cerita-cerita seram kedengan di sini.
7. Stesen Metro St Martin, Paris, Perancis
Stesen Metro St Martin, Paris, Perancis
Stesen keretapi bawah tanah St Martin di Paris ini pada asalnya ditutup pada tahun 1939 pada permulaan Perang Dunia II dan dibuka semula selepas Perancis telah merdeka. Ia ditutup lagi selepas itu, walaupun terdapat stesen sehenti lain hanya 100 meter jauhnya dari stesen ini. Pihak Salvation Army kini menggunakan separuh bahagian timur bangunan stesen keretapi tinggal ini sebagai tempat perlindungan untuk sehari bagi orang yang kehilangan tempat tinggal atau tidak sempat pulang ke rumah.
8. Echizen-Gemia, Tokyo, Jepun
Echizen-Gemia, Tokyo, Jepun
Echizen-Gemia adalah sebuah stesen keretapi di Jepun yang telah baru-baru ini ditutup. Tidak banyak maklumat tentang stesen ini. Mengapa punca ianya ditutup tidak ketahui tetapi penduduk setempat menceritakan stesen keretapi tinggalan ini selalu muncul wanita sedang menunggu keretapi walaupun keretapi ini tidak beroperasi lagi, tambahan bila hujan turun.
9. Stesen Keretapi Pinkenba, Australia
 Stesen Keretapi Pinkenba, Australia
Sebuah stesen terbiar di Pinkenba, pinggir bandar Brisbane, Australia. Seperti yang anda boleh lihat dalam gambar ini Sebuah stesen berhantu pernah diceritakan penduduk setempat.
10. Canfranc Estacion, Sepanyol
Canfranc Estacion, Sepanyol
Stesen keretapi ini menjadi salah satu daripada tiga stesen keretapi terbesar di Eropah. Terletak di Sepanyol berhampiran sempadan Perancis, sebuah bandar yang dibina di sekitar dipanggil Canfranc Estacion. Kereta api lama ditinggalkan sehingga berkarat telah dibina pada tahun 1928. Stesen ini ditutup sekitar tahun 70-an apabila kemalangan kereta api antarabangsa memusnahkan sebuah jambatan berdekatan yang telah memotong pautan jambatan itu.

Meneroka Gua Paling Dalam dan Berbahaya Di Orda Cave Rusia

Meneroka gua paling dalam dan berbahaya di Orda Cave Rusia bukan sahaja jauh di bawah tanah, ia juga gua batu kapur di dasar air. Penyelam, Bogdana Vashchenko memberi amaran, "Terdapat beratus-ratus orang mati di dalam gua ini, dan ramai penyelam tidak pernah kembali."
Gua Orda (atau Ordinskaya), gua yang terletak di bawah Gunung Ural, di Wilayah Perm Rusia sempadan di antara Eropah dan Asia. Ia adalah sistem gua air terpanjang yang terdapat di bekas tanah jajahan USSR, berukuran 4,400 meter (14,435 kaki) panjang - kebanyakan dipenuhi air dan sehingga 43 meter (141 kaki) dalam termasuk beberapa ruangan udara di dasar gua. Gua ini juga mengandungi laluan terpanjang bawah tanah kira-kira 935 meter (3,067 kaki) panjang. Dan adalah salah satu gua terbesar di dunia seumpama ini. Apatah lagi, hanya beberapa laluan kecil dalam gua dijumpai. Jadi banyak laluan atau ruangan gua di dasarnya belum diterokai, ia pasti bukan tempat yang baik untuk dijelajah.
Permukaan gua
Memasuki perairan berais bahagian sistem gua tenggelam ini adalah satu cabaran besar kepada penyelam. Suhu beku -20°C(-4°F) di permukaan, dengan suhu air itu sendiri yang dianggar kira-kira 5°C(41°F). Membuat perkara yang agak sukar untuk diterokai di dasarnya.
Ini adalah cabaran yang besar untuk menempuh air yang sangat sejuk. "Gua Orda adalah sangat berbeza dan setiap laluannya adalah berbeza," kata Vashchenko. "Oleh itu, berenang di dalamnya tidak pernah membosankan. Setiap kali menyelam di sini adalah sangat berbeza persekitarannya. Oleh itu saya sentiasa ingin mencari tempat-tempat atau laluan baru di mana tiada siapa pernah menemuinya sebelum. Ini memberi inspirasi kepada saya setiap kali menyelam di dasar gua ini".kata Vashchenko.
Pintu masuk ke laluan gua 
Bagi mereka yang tidak tahu, menyelam di dasar gua ini adalah berisiko walaupun SCUBA adalah aktiviti popular di luar negara.
Penyelam mengunakan tali untuk meneroka di dasar gua air untuk mengelak dari tersesat dan tidak menemui jalan pulang.
Kehilangan atau tersesat di dasar gua air adalah cabaran utama menyelam di sini. Jarak penglihatan yang rendah, gelap, arus dan suhu air berpotensi bagi penyelam untuk menemui ajal di dasarnya.
Dalam kes kecemasan, penyelam tidak boleh berenang lurus ke permukaan sebaliknya mereka mesti mengesan laluan asal untuk kembali ke permukaan.
Gelap dan sejuk adalah risiko yang dihadapi penyelam di dalam gua batu kapur di Orda Cave ini.
Banyak laluan gua belum ditemui oleh penyelam-penyelam sebelumnya. Hanya beberapa laluan kecil sahaja berjaya mereka temui dalam ekpedisi berbahaya ini.
Ramai penyelam tidak berjaya menemui laluan asal/permukaan di sini.
Bogdana Vashchenko membuat latihan khas untuk menerokai gua air yang berbahaya ini.