Pages

23 June 2013

Kemunculan Lelaki Tanpa Pakaian Rosakkan Pertunjukan Fesyen Dolce & Gabbana Di Milan

Pertunjukan fesyen Mingguan oleh Dolce & Gabbana di Milan hari ini dikejutkan kemunculan lelaki dan menanggal pakaiannya lalu naik kepentas streaker semasa model sedang catwalk.
Bintang bolasepak termasuk penyerang Barcelona, ​​Lionel Messiturut menonton kejadian yang mengejutkan itu. Identiti lelaki itu masih belum tidak diketahui. Dia turut berjalan seperti catwalk dengan semua asetnya ditunjukkan. Pereka fesyen ternama ini telah mempamerkan ciptaan mereka untuk koleksi Spring / Summer 2014 semalam 22-Jun-13.
Dolce & Gabbana
Tidak tahu motif sebenar, lelaki ini tiba-tiba naik ke pentas peragaan dan menjerit sambil menanggalkan pakaiannya.


Lelaki itu terus melaung sesuatu ke arah orang ramai walaupun selepas dia berjaya ditangkap oleh bouncer. Kejadiaan ini memberi imej buruk kepada jenama terkenal Dolce & Gabbana. Penjara 20 bulan dikenakan bersabit kesalahan berbogel di tempat awam.

Wanita Tempatan Bersekedudukan Dengan Awang Hitam Ditangkap

NILAI – Serbuan Jabatan Imigresen di sebuah unit apartmen di Pangsapuri Seri Jasmin di Mantin dekat sini malam kelmarin membongkar rahsia seorang wanita warga tempatan yang bersekedudukan dengan teman lelakinya seorang warga Nigeria.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, wanita berusia 26 tahun itu didapati sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki warga Nigeria berusia 30 tahun.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah dan lelaki itu juga didapati tinggal lebih masa di negara ini.

Katanya, pihaknya menahan wanita yang berasal dari Selangor itu kerana disyaki melindungi teman lelakinya seorang warga asing.

“Semasa disoal siasat wanita itu mengaku lelaki warga Nigeria terbabit teman lelakinya dan mereka sudah tinggal di rumah itu sejak beberapa bulan lalu.
“Wanita itu juga mengaku dia tertarik dengan layanan lelaki terbabit sehingga sanggup untuk tinggal serumah,” katanya di sini semalam.
Sumber: Kosmo
Aku Bukan Malaikat araha Erma Fatima dalam Cerekarama TV3 malam tadi memang kisah sebenar. Syabas Erma ceritanya yang agak menarik dan berkisarkan realiti..great.look something completely different..compare dengan filem2 sebelum. Ramai wanita-wanita tempatan terperangkap dan dijadikan keldai dadah.

Punca Jerebu- Ladang Milik Malaysia Terbakar Di Riau

Ladang milik Malaysia terbakar di Riau
PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Perhutanan Riau, Zulkifli Yusuf berkata, ladang syarikat dari Malaysia adalah antara yang terbakar di wilayah itu.
Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.
Kata Zulkifli, antaranya ialah PT Langgam Inti Hibrida, yang berada di kawasan Desa Sering, Pelalawan, Kabupaten Pelalawan.

"Titik panas lain berada di kawasan ladang milik PT Bumi Reksa Nusa Sejati yang berada di Desa Simpang Kareman, Kecamatan Pelagiran, Kabupaten Indragiri Hilir.“Manakala yang lain terbakar adalah milik PT Tunggal Mitra Platation, PT Abdi Platation, PT Jati Jaya Perkasa, PT Udaya Loh Dinawi dan PT Mustika Agro Lestari.

"Semuanya milik modal asing dari Malaysia.“Jadi kami meluruskan (menjelaskan), itu bukan data yang dikeluarkan Jabatan Pehutanan. Titik panas itu dirakam satelit Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dari peta kami melihat kawasan itu berada di ladang warga dan milik asing,” kata Zulkifli seperti dilapor viva.co.id.
Dalam perkembangan berkaitan, satelit pemantau cuaca dan pengesan panas bumi (NOAA) milik Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Riau mengesan 148 titik panas di wilayah itu.

Pemantauan Jabatan Perhutanan Riau, titik yang dirakam satelit sebahagian berada di kawasan ladang dan hutan tanaman industri milik Malaysia.
Channel News Asia pula melaporkan sebanyak 70 titik panas ditemui di Sarawak dan enam di Kelantan. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan dibandingkan tahun-tahun sebelumnya dan cuaca di Malaysia panas dan kering.
Ini sekaligus menunjukkan kebakaran hutan ternyata tidak hanya terjadi di Indonesia yang menyebabkan asap dan jerebu melanda Malaysia dan Singapura ~ free malaysia today: by http://addin77.blogspot.com