Pages

9 July 2013

Syarat Dan Cara Sembahyang Tarawih Sendirian

Nak sembahyang sunat tarawih sendirian, awal ramadhan surau dan masjid penuh? baca ni dulu..
Memang di awal Ramadhan surau dan masjid penuh terutama di bandar-bandar utama di Lembah Klang. Gua memang pernah terasa nak solat terawih sendirian. Tapi tak jadi sebab nak kejar pahala berjemaah.

Cara solat terawih sendirian

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,
09 Jul 2013
Soalan;
1. Bagaimanakah cara melakukan solat tarawih bersendirian?
2. Adakah selawat selepas setiap dua rakaat solat tarawih itu perlu dan bolehkah jika tidak berselawat.

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua rakaat-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, sama seperti dalam solat yang lain. Oleh sebab solat terawih dilakukan dua rakaat-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, 20 atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Selawat itu bukanlah sabit daripada amalan Nabi SAW secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.
Details : Klik Sini

Dr Ong Kian Ming Azam Puasa Penuh Sebulan

Pemimpin bukan Islam DAP, Dr Ong Kian Ming  berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari. Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh.
"Menanti untuk berpuasa semasa Ramadan, pertama kali saya cuba untuk berpuasa penuh," tulis Ong [gambar ] melalui akaun Twitternya @imokman, malam tadi.
"Harapan saya, kali ini dapat berpuasa penuh seperti rakan Islam dengan mengambil sedikit makanan seperti buah-buahan pada sahur dan meneruskan perjuangan berpuasa sehingga ke Maghrib," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata, objektif puasanya sama seperti umat Islam lain iaitu untuk mengawal nafsu dan merasai susah-payah rakan Islam mengharungi puasa pada Ramadan.
"Saya tidak boleh menutup mulut mereka yang mendakwa sedemikian. Asalkan saya mempunyai niat baik dan pengundi di Serdang juga faham akan niat saya ini," katanya merujuk sesetengah pihak yang memperlekeh usahanya.
Bagi merai kemeriahan berbuka puasa, beliau bercadangmenghadiri beberapa majlis berbuka puasa termasuk bersama wakil rakyat lain di Parlimen.
"Hari pertama Ramadan, saya akan berbuka puasa di Parlimen bersama ahli parlimen lain dan pada minggu depan pula, saya mahu berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam.
"Saya juga bakal menyertai satu program keluarga angkat bagi merasai sendiri pengalaman keluarga Melayu menjalani ibadah puasa," katanya.
Pengumuman Ong menerima reaksi positif apabila ramai pengikut Twitternya mencadangkan hidangan sesuai untuk bersahur, selain mengundangnya berbuka puasa dan tidak kurang menyangka beliau  sudah memeluk Islam.
Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Rabu ini setelah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa ditetapkan pada Rabu ini.
DAP sering diberi publisiti negatif dan dituduh anti-Melayu dan anti-Islam oleh Umno.
Pendirian DAP membantah pelaksanaan hukum Hudud digunakan oleh Umno untuk melabel mereka sebagai anti-Islam. - 9 Julai, 2013.- Sumber Oleh Hasbullah Awang Chik

Rakyat Malaysia Tidak Yakin Usaha Kerajaan Benteras Rasuah

Rakyat Malaysia kian hilang keyakinan terhadap usaha kerajaan bagi membanteras gejala rasuah, mengikut kaji selidik terbaru Transparency International (TI).
Badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa itu mendapati kepercayaan rakyat dalam usaha itu merosot kepada 31 peratus tahun ini berbanding 49 peratus daripada 1,000 responden pada 2010.
"Kadang-kala pelaksanaan yang dibuat kerajaan mengambil masa lama," kata Presiden TI, Datuk Akhbar Satar ketika mengulas kemerosotan berkenaan.
Selain itu, polis dan parti politik dilihat masyarakat awam sebagai dua institusi paling korup di negara ini dengan skala masing-masing 4.0 dan 3.8.
Skala persepsi rasuah ialah dari satu hingga lima - angka paling korup.
Transparency International Global Corruption Barometer mengendali kaji selidik perihal rasuah di 107 negara. 8
"Korupsi berlaku akibat orang awam masih merelakan perbuatan rasuah," katanya.
Bagaimanapun, Satar berkata, hanya tiga peratus responden memberi rasuah pada 12 bulan terakhir, angka yang dianggapnya masih rendah berbanding negara jiran.

Katanya, Kadar pemberian rasuah di Thailand ialah 18 peratus, Indonesia (36 peratus) dan Filipina (12 peratus) tetapi kadar tiga peratus itu lebih tinggi berbanding 2011 yang mencatat 1.1 peratus.

"Kadar beri rasuah di Malaysia setara dengan Norway, New Zealand dan Kanada,” kata beliau.

Beliau berkata, sebanyak 39 peratus responden bersetuju kadar rasuah di negara ini meningkat berbanding 37 peratus pada 2011.

Kaji selidik yang selesai dijalankan antara September 2012 hingga Mac 2013 di Malaysia dilakukan sebuah syarikat, TNS Malaysia melalui temui bual telefon berkomputer.

Satar ialah bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjadi presiden pada 24 Mei lalu menggantikan  Datuk Paul Low yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdna Menteri. 9 Julai, 2013.- Oleh Trinna Leong

Serangan Letupan Bom Di Beirut

BEIRUT: Satu letupan bom kereta berlaku hari ini Selasa di selatan pinggir bandar Beirut, di kubu kuat Hizbullah telah membunuh sekurang-kurangnya satu orang dan mencederakan 20 yang lain, sumber-sumber keselamatan melaporkan.
Ambulans dan trak bomba bergegas ke tempat kejadian tapak letupan di Bir al-Abed sebelum tengah hari tadi. Kepulan asap tebal memenuhi udara sekurang-kurangnya sebelas kenderaan di tempat letak kereta telah terbakar dan penduduk bergegas untuk menyelamatkan diri dari cedera dengan serpihan itu.
Sumber keselamatan melaporkan seorang pekerja di tempat letak kereta meninggal dunia di hospital akibat kecederaan terkena serpihan. Mereka berkata satu daripada 20 orang yang cedera berada dalam keadaan kritikal. Penduduk digesa untuk membersihkan kawasan itu kemungkinan letupan kedua akan berlaku.
Ini adalah kes kali kedua tahun ini bahawa kubu kuat Hizbullah yang telah disasarkan ancaman berikut tindakan balas oleh pemberontak Syria dalam penglibatan tentera yang semakin mengganas di Syria.
Empat telah orang cedera dalam serangan roket berkembar di pinggir bandar selatan Shiyah pada bulan Mei. Serangan itu sejam selepas pemimpin Hezbollah disahkan kumpulannya telah berjuang bersama tentera mereka yang setia kepada Presiden Bashar Assad di bandar Homs daripada Qusair.
MP Hezbollah Ali Ammar berkata, bandar Bir al-Abed telah disasarkan kerana ia "merangkumi halangan [Hezbollah]," sambil menambah bahawa serangan itu jelas dari musuh mereka iaitu Israel berdasarkan alat letupan itu."
Bercakap dari Bir ​​al-Abed, Ammar berkata parti itu sedang "disasarkan politik kerana ia telah berhadapan projek US-Israel di rantau ini." Haret Hreik Mayor Ziad Wakid menyifatkan pengeboman itu sebagai "perbuatan pengganas."