Di antara kepulauan Pamban Island India dan Manand Island Sri Lanka terdapat sebuah jambatan yang dihubungkan antara kedua-dua pulau tersebut. Namun terdapat satu misteri mengenai jambatan tersebut.
Misteri Jambatan Purba Yang Berusia Lebih 1 Juta Tahun | Terdapat sebuah jambatan misteri yang dikenali dengan nama Adam Bridge atau pernah disebut dengan nama Rama Bridge. Ia merupakan salah satu daripada beberapa tempat paling misteri di dunia. Jambatan purba misteri sepanjang 30 Km yang menghubungkan antara Manand Island (Srilanka) dan Pamban Island (India) ini dipercayai telah berumur lebih daripada 1 juta tahun!Struktur Rama Brige sendiri sangat mudah terlihat dari atas permukaan air laut kerana kedudukannya yang tidak terlalu dalam,iaitu hanya ditenggelami air sedalam kira-kira 1.2 meter (jika air laut sedang surut). Status jambatan ini masih merupakan misteri sehingga kini, menurut tafsiran para pengkaji,dikatakan Rama Bridge berkemungkinan mempunyai kaitan yang rapat dengan mitos terkenal India, Ramayana.
Srilankan Archeology Department telah mengeluarkan suatu statment yang menyebutkan usia Rama Bridge mungkin berkisar diantara 1,000,000 hingga 2,000,000 tahun, namun apakah jambatan ini benar-benar terbentuk secara semulajadi atau adakah ia merupakan suatu ciptaan manusia? Sehingga kini persoalan ini masih belum dapat dirungkaikan.
0 ulasan:
Post a Comment