Home » » Jemur Bra 100,000 Kaki Panjang

Jemur Bra 100,000 Kaki Panjang

Written By Unknown on 16 June 2013 | 09:20

Sapa pemilik bra jemur tergantung sepanjang jalan kat pagar ni. Mungkin satu kampung jemur kat sini atau stock untuk setahun tak payah basuh dan jemur lagi.
Alkisah sebenarnya 'Pagar Bra' ni di Cardrona, New Zealand [tak sennoh pompuan NZ ni] dan ianya muncul pada hari Krismas tahun 1999. Tidak ketahui apa sebab dan motif sebenar banyak bra digantung dekat pagar pada mulanya.
Mengikut sumber kemungkinan untuk menarik pelancong ataupun mendapat publicity di daerah asal perlombongan emas Cardrona yang wujud sejak tahun 1860-an lagi. Mungkin juga diilhamkan atas usaha dengan cara mengejut untuk World Guiness Record.
Ada sape-sape blogger atau pembaca hilang bra x? Bleh cari kat sini mungkin..terbang sampai ke NZ. Ada banyak saiz, corak dan warna segala bagai...
Pagar Bra muncul di Cardrona pada mula hanya empat tergantung di tepi jalan di barat daya Wanaka. Pemilik tanah tempatan tidak membantah apa-apapun, dan pada bulan Februari 2000, sebanyak 60 coli menghiasi pagar. Kemunculan coli bertambah lagi apabila akhbar New Zealand membuat liputan berkhidmat untuk kempen viral marketing campaign dan tidak lama selepas itu kemunculan bra mula memenuhi sepanjang jalan.
Kepentingan media merebak ke seluruh Eropah dan Pagar Bra Cardrona sekali lagi menjadi popular dan kontroversi sebagai tempat lawatan bagi perjalanan pelancong di seluruh Pulau New Zealand Selatan. Walaupun kehadiran pelancong dialu-alukan, mungkin seperti menghina kepada sesetengah pelawat asing ke negara ini. Sebanyak 7,400 coli digantung dan 100,000 kaki panjang memecah rekod dunia.

2 ulasan:

Translate