Sejarah Cappadocia adalah seperti halaman bab dalam buku teks sejarah purba. Melalui zaman orang Het, Parsi, Alexander the Great, Rom, Byzantine dan Empayar Uthmaniyyah dan Turkey telah mentadbir wilayah yang juga dikenail Central Anatolia. Pada masa pemerintahab Herodotus, Cappadocia dikatakan merangkumi tanah di antara Gunung Taurus dan Laut Hitam. Kini, kebanyakan pelawat mengenalinya sebagai Wilayah Nevsehir Turkey.
Lembah ini adalah separuh gersang yang ketinggian 1,000 meter dari paras laut. Kedudukan geografi Cappadocia adalah dataran tinggi yang terdiri dari bekas gunung berapi yang mewujudkan landskap visual yang menakjubkan.
Cappadocia yang terkenal dengan kisah dongeng cerobong/ lubang-lubang gua'Goreme' dan kampung-kampung sekitarnya. Mendapan batu terbentuk daripada bahan gunung berapi antara 9 dan 3 juta tahun yang lalu telah terhakis oleh agen seperti angin dan hujan menjadi berbentuk tiang dan menara. Penghuni-penghuni purba ini mengukir rumah-rumah mereka sendiri, dewan, gereja dan biara semasa Empayar Rom menjajah di sini. Penghuni cerobong ini menghiasi dengan lukisan dinding berwarna-warni. Walaupun mereka tidak lagi berfungsi sebagai tempat ibadah, pelancong masih boleh datang melawat gereja-gereja dan tapak binaan purba di Goreme Open Air Museum.
Tetapi di bawah tanah Cappadocia tersembunyi tapak bandar-bandar purba di bawah tanah. Permulaan awal pembinaan terowong ini dan wujud dewan yang tidak diketahui, walaupun sesetengah ahli arkeologi percaya ianya telah dibina oleh kaum Het sejak 1200 Sebelum Masihi. Ia seperti filem The Hobbit.
Dipercayai terowong purba ini telah menggunakan batu berbanding dengan logam untuk mengukir dan menebuk. Pada peringkat awal ia telah digali oleh orang-orang Kristian untuk persembunyian, perlindungan dari penganiayaan semasa zaman Rom daripada orang-orang Arab. Kerana terbukti dengan kewujudan gereja dan chapel di dalamnya.
Cappadocia purba tidak bernilai lagi pada zaman sekarang, ia juga dikenali sebagai 'Pigeon Valley', beribu-ribu rumah burung merpati telah diukir dalam batuan lembut ini. Cuma merpati menjadi berharga sebagai sumber makanan dan baja untuk pertanian di pinggir lembah ini.
UAE tahan 3 suspak berkaitan pembunuhan rabbi Israel
30 minutes ago
0 ulasan:
Post a Comment