Gua Orda (atau Ordinskaya), gua yang terletak di bawah Gunung Ural, di Wilayah Perm Rusia sempadan di antara Eropah dan Asia. Ia adalah sistem gua air terpanjang yang terdapat di bekas tanah jajahan USSR, berukuran 4,400 meter (14,435 kaki) panjang - kebanyakan dipenuhi air dan sehingga 43 meter (141 kaki) dalam termasuk beberapa ruangan udara di dasar gua. Gua ini juga mengandungi laluan terpanjang bawah tanah kira-kira 935 meter (3,067 kaki) panjang. Dan adalah salah satu gua terbesar di dunia seumpama ini. Apatah lagi, hanya beberapa laluan kecil dalam gua dijumpai. Jadi banyak laluan atau ruangan gua di dasarnya belum diterokai, ia pasti bukan tempat yang baik untuk dijelajah.
Permukaan gua
Memasuki perairan berais bahagian sistem gua tenggelam ini adalah satu cabaran besar kepada penyelam. Suhu beku -20°C(-4°F) di permukaan, dengan suhu air itu sendiri yang dianggar kira-kira 5°C(41°F). Membuat perkara yang agak sukar untuk diterokai di dasarnya.
Pintu masuk ke laluan gua
Bagi mereka yang tidak tahu, menyelam di dasar gua ini adalah berisiko walaupun SCUBA adalah aktiviti popular di luar negara.
Penyelam mengunakan tali untuk meneroka di dasar gua air untuk mengelak dari tersesat dan tidak menemui jalan pulang.
Kehilangan atau tersesat di dasar gua air adalah cabaran utama menyelam di sini. Jarak penglihatan yang rendah, gelap, arus dan suhu air berpotensi bagi penyelam untuk menemui ajal di dasarnya.Dalam kes kecemasan, penyelam tidak boleh berenang lurus ke permukaan sebaliknya mereka mesti mengesan laluan asal untuk kembali ke permukaan.
Gelap dan sejuk adalah risiko yang dihadapi penyelam di dalam gua batu kapur di Orda Cave ini.
Banyak laluan gua belum ditemui oleh penyelam-penyelam sebelumnya. Hanya beberapa laluan kecil sahaja berjaya mereka temui dalam ekpedisi berbahaya ini.
Ramai penyelam tidak berjaya menemui laluan asal/permukaan di sini.
Bogdana Vashchenko membuat latihan khas untuk menerokai gua air yang berbahaya ini.
takut sekali,tak bisa kembali
ReplyDeleteEn
ReplyDelete