Seseorang berumur lewat 40-an ataupun mengalami penyakit kencing manis menyebabkan luka lambat sembuh.
Bila usia lebih 40-an, keanjalan kulit tidak lagi seperti semasa remaja disebabkan tisu-tisu kulit tidak lagi lembut. Luka yang dalam dan kudis agak lambat sembuh walaupun sampai 3-5 hari. Bagi pesakit kencing manis atau Diabetes agak bahaya bila berlaku kecederaan atau luka kemungkinan kaki atau tempat luka akan dipotong.
Untuk mencegahnya, saya diberikan petua ini oleh seorang tua baru-baru ini semasa bersembang di warung.
Tipnya, untuk mencegah dari luka merebak ataupun mempercepatkan sembuh.
i- Ambil kunyit hidup dalam 1.5 inci.[Kunyit hidup yang tua- berwarna oren pekat]
ii-Kupas kulitnya dan tumbuk/blander sehingga hancur/lumat.
iii-Titikkan sedikit air bersih di dalam kunyit tadi dan sapukan di tempat luka tadi.
iv-Kemudian, balutkan dengan kapas dan kain bersih sehingga 4-5 jam.
vi- Selepas 5 jam, bersihkan semula tempat luka tadi dengan air bersih dan gantikan semula kunyit yang baru di tempat luka tadi.
Lakukan instruction di atas sampai beberapa hari sehingga tempat luka tadi akan kering dan sembuh. Elakkan tempat luka dari terkena air semasa mandi atau sebagainya. Jika terkena air, segerakan lap sehingga betul-betul kering. InsyaAllah, dalam beberapa hari luka akan sembuh. Selain daripada itu, menggunakan kunyit hidup untuk rawatan luka atau kudis, kesan parut tidaklah nampak ketara.
Home »
Kesihatan Dan Tips
» Petua Merawat Luka Yang Lambat Sembuh
0 ulasan:
Post a Comment