Jangan pandang remeh surah-surah pendek di dalam Al-Qur'an, setiap surah-surah dari kitab Al-Qur'an ada kelebihannya masing-masing. Surah Al-Falaq adalah surah bacaan terbaik yang diturunkan oleh Allah SWT untuk umat Islam sebagai mengubat penyakit akibat dari terkena ilmu hitam.
Diceritakan Nabi Muhammad SAW telah mendapat sakit panas, sehingga keguguran rambut Baginda. Nabi Muhammad SAW berusaha berubat secara biasa, tetapi tidak berhasil. Kemudian turunlah malaikat Jibril membawa wahyu surah Al-Falaq, dan menyuruh Rasulullah SAW membaca surah tersebut sebanyak 11 kali.
Selepas itu malaikat Jibril menjelaskan kepada Baginda apa yang sebenarnya berlaku akibat terkena sakit panas. Diterangkan malaikat Jibril bahawa seorang Yahudi telah mengunakan sihir dan menggantung 'barang guna-guna'itu di sebuah sumur[sawah/ladang] terbiar. Barang yang dijampi oleh Yahudi itu digantung dengan 11 tali simpulan.
Maka tiap kali Rasulullah membaca,satu demi satu tali terputus jatuh ke dalam air lalu 'lemah' dengan sendiri.
Itulah sebab musababnya diturunkan oleh Allah SWT surah Al-Falaq dan kemudian Rasulullah sembuh kembali.[Diriwayat Al-Baihaqi]
Satu kisah lagi: Al-Imam Muhammad Abduh berkata: Dalam masalah ini, terdapat lebih banyak hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW pernah disihir oleh Labid Ibn al-A’sam. Sihir itu telah berjaya mempengaruhi (meresapi) diri Baginda SAW sehingga mengkhayalkan Baginda dan menyebabkan Baginda seolah-olah melakukan sesuatu padahal baginda tidak melakukannya, atau baginda seperti mendatangi sesuatu, sedangkan Baginda SAW tidak mendatanginya. .
Kemudian, Allah SWT menjelaskan kepadanya hal itu, seterusnya bahan sihir itu dikeluarkan daripada sebuah perigi. Setelah itu barulah Baginda 'shallallahu alaihi wasallam' sembuh daripada penderitaannya dan diturunkan surah ini.
Surah Al-Falaq Dan Tafsiran
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
- Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
- Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.
- Dari bahaya gelap apabila ia masuk.
- Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).
- Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
Keistimewaan Surah Al-Falaq
1. Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda: “Apakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu ialah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu Birabbin Naas’ (An-Nas).” (HR Muslim r.a.)
.
2. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) kerana kamu tidak dapat membaca mana-mana surah yang amat dicintai Allah SWT dan sangat cepat diterima Allah SWT, seperti surah ini. Maka semana mampu kamu janganlah kamu tinggalkannya.”
.
3. Disebut pada riwayat lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kamu tidak dapat membaca apa-apa yang sangat pantas sampai kepada Allah SWT seperti ‘Qul A’udzu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq).”
Juga doa-doa mustajab untuk mengelakkan terkena sihir.
Khasiat dan kaifiat beramalCaranya ialah dengan membacakan ayat-ayat ini bersama ayat ke 118 hingga 121 surah al-A’raaf dan ayat ke 69 surah Taha kepada bekas yang mengandungi air. Kemudian air itu disiram ke atas kepala orang yang terkena sihir itu.
Rujukan:(al-Durrul Manthur, tafsir ayat 81-82 surah Yunus)