Pages

4 July 2013

Penutupan Terowong Perhubungan Gaza Jika Mesir Dikuasai Tentera

Di antara tindakan awal pihak tentera Mesir selepas penggulingan Presiden Morsi ialah menutup terus 'Rafah Gate' yang merupakan laluan utama perhubungan di antara Gaza dan dunia luar melalui Mesir. Melalui terowong bawah tanah inilah Palestin mendapat bekalan keperluan untuk penduduk Gaza. Kesukaran menanti oleh penduduk Palestin bila tentera Mesir menguasai negara nanti.

Kereta Porsche Diperbuat Dari Basikal

Ramai orang impikan untuk memiliki kereta mewah seperti Porsche, Lamborgini dan macam-macam lagi yang sempurna. Seorang lelaki berjaya mencipta kereta idamannya Porsche dalam bajet begitu murah yang diperbuat dari body basikalnya. Tidak perlu petrol, hanya menggunakan tenaga manual untuk menggerakkan kereta sampah ini.

Pantang Maut Sebelum Ajal: Remaja Ditikam 19 Kali Terselamat

Seorang remaja British ditikam 19 kali dengan kejam semasa bercuti di Turki, semalam telah dikeluarkan dari hospital. Dwayne Ward, 17 tahun, diserang dengan pen-pisau dan dikelar dengan pisau cukur selepas keluar ke resort pelancongan yang popular di Marmaris. Dwayne diserang oleh dua orang pemuda, kemudiannya dibogelkan, ditikam dan dibiarkan terbaring berlumuran darah. Dalam satu minggu rawatan di Hospital Middlesborough, Marmaris, Wayne kembali pulih dan keluar dari Hospital ditemani bapanya.
'Satu tikaman telah tercucuk bahagian paru-paru, salah satu tikaman menusuk hatinya dan tikaman ketiga telah rosak arteri utama di lehernya. Dwyne amat bertuah kerana masih hidup. Jika dia akan dibiarkan lebih lama pasti dia akan mati'. Dr Mavili berkata.
Dr Mavili menjelaskan bahawa Dwayne telah mengalami sebanyak 19 kesan tikaman dan luka akibat pisau cukur. Dwayne telah diserang pada waktu awal pagi Selasa lepas ketika dia dalam keadaan mabuk dan keluar dari bar berdekatan.
Dwayne Ward ditemui terbaring berlumuran dengan darah 
Remaja itu didakwa diserang hendap dan penyerangnya dikatakan telah merompak, membogelkan, menikam dan mengelar Dwayne dan mencampak mangsa di taman sekitar resort itu.
Dua lelaki terbabit itu, Attila Dincer, 26 tahun dan satu lagi yang dinamakan hanya sebagai Ismail A berusia 24 tahun telah ditahan dalam tempoh 48 jam dalam serangan itu. Mereka kini ditahan reman menghadapi tuduhan termasuk rompakan, mencederakan dengan niat dan cubaan membunuh.- DailyMail.UK