Kota Venice di Italy yang ketika dulu memang terkenal sebagai kota pelancongan yang utama dunia dan juga disebut sebagai "Kota Romantik",yang kini menghadapai masalah fenomena cuaca dan kota itu semakin tenggelam.
Seorang pelancong asing kota Venice menyarung beg plastik di kakinya sambil menjunjung bagasi mengharungi banjir.
Sebuah kafe masih dibuka kepada pelanggan walaupun dimasuki air.
Sepasang suami isteri membantu anak-anak mereka mengharungi jalan yang ditenggelami air.
Masyarakat dunia mungkin mengenalnya sebagai sebuah 'kota terapung' Romeo dan Juliet', tetapi kini, bandar Venice yang berdiri megah itu tenggelam kerana fenomena air pasang luar biasa.
Fenomena air pasang di Venice pada tahun ini adalah yang terburuk, iaitu berukuran 1.49 meter di bawah paras normal laut Adriatik.
Malah beberapa lokasi di Itali turut mengalami perubahan cuaca, termasuk di wilayah selatan Tuscany.
Air pasang yang dikenali sebagai 'aqua alta', merupakan fenomena keenam terburuk di Venice sejak 1872.
Rekod banjir tertinggi yang pernah dicatatkan di Venice adalah 1.94 meter pada 1966 sehingga memaksa penduduknya meninggalkan bandar yang pada masa itu masih baru diduduki.
"Pelancong yang terperangkap terpaksa memakai but dan berpakaian renang jika masih mahu beriadah di kota itu," kata pegawai.
Mereka juga terpaksa menyarungkan beg-beg plastik di kaki masing-masing semasa melintasi Dataran St Mark apabila paras air naik mendadak, kelmarin.
Hujan lebat berserta laut bergelora yang dipukul angin kencang membuatkan paras air meningkat pada tahap kritikal dalam tempoh semalaman.
Agensi berita tempatan melaporkan, cuaca buruk yang serupa di Venice turut memberi kesan kepada kawasan tengah dan utara Itali, dengan lebih 200 penduduk tempatan melarikan diri ke tempat lebih tinggi.
Pelancong mula tinggalkan Venice
Sejurus selepas beberapa jam tenggelam, suasana persekitaran kota Venice yang pada mulanya dipenuhi pelancong yang gemar melepak di luar bangunan bersejarah dan kafe mulai lenggang.
Ada antara pelancong membuat keputusan drastik dengan meninggalkan bandar terusan itu kerana bimbang melihat paras air meningkat tanpa henti.
"Mereka terpaksa menjunjung bagasi masing-masing semasa berpindah ke kawasan lebih tinggi sambil memakai kasut but.
"Keadaan hotel juga sedikit huru-hara kerana pihak pengurusan terpaksa membenarkan pelanggan mereka membatalkan tempahan bilik dalam tempoh berkenaan.
"Ada antara pelancong Barat tidak faham keadaan fenomena ini dan terus merungut," kata pegawai.
Seorang pengusaha butik barangan kemas di Dataran St Mark, Matelda Bottoni mempersoalkan tindakan pihak berkuasa tempatan yang menyediakan laluan pejalan kaki setinggi 105 sentimeter.
"Bagaimana pihak majlis menganggarkan paras air hanya naik dalam 105 sentimeter? Ini menyukarkan semua pihak untuk keluar dari kawasan banjir.
"Ramai penduduk dan peniaga meninggalkan rumah dan berlindung di kawasan pergunungan sebaik sahaja air naik," katanya.
Bottoni, penduduk Venice, akur dengan fenomena air pasang itu. Semua peralatan perabot dan kelengkapan rumahnya kalis air.
"Saya tidak dapat menghalang air masuk ke dalam kedai dan rumah, tetapi sekurang-kurangnya barangan saya tidak rosak," katanya.
Wanita itu akui, premisnya akan ditenggelami air tidak kurang 100 hari dalam setahun sejak 10 tahun lalu.
"Saya dilahirkan dan dibesarkan di Venice dan selesa berada dalam kota terapung yang kadang kala tenggelam buat seketika," katanya.
0 ulasan:
Post a Comment