Home » » Dunia Ini Pinjaman

Dunia Ini Pinjaman

Written By Unknown on 14 January 2013 | 23:26


Yang dimaksudkan pinjaman untuk Allah ta'ala adalah apa yang diberikan seorang muslim untuk membantu saudaranya tanpa mengharapkan kembalinya barang tersebut kerana semata-mata untuk mengharapkan balasan di akhirat nanti.

Pinjaman yang baik ini merangkumi infak untuk jihad, infak untuk anak-anak yatim, para janda, orang-orang lemah, dan orang-orang miskin. Jenis ini telah disebutkan di dalam Al-Quran dengan kata al qardh (pinjaman) sebagaimana disebutkan dalam firman Allah ta'ala,

من ذا الذي يقرض الله قرضا حسنا فيضاعفه له أضعافا كثيرة والله يقبض ويبسط وإليه ترجعون

"Barang siapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipat gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan. "(Qs. Al-Baqarah: 245)

Firman Allah ta'ala

من ذا الذي يقرض الله قرضا حسنا فيضاعفه له وله أجر كريم

"Barang siapa meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda, dan baginya pahala yang mulia." (Qs. Al-Hadid: 11)

Dan Firman Allah ta'ala

إن تقرضوا الله قرضا حسنا يضاعفه لكم ويغفر لكم والله شكور حليم

"Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya Dia melipatgandakan (balasan) untukmu dengan mengampuni kami. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Penyantun. "(Qs. At Taghaabun: 17)

Tentunya akan timbul satu soalan di dalam hati; kenapa Allah ta'ala menyebutnya sebgai pinjaman? Para ulama telah menjawab soalan tersebut bahawa Allah ta'ala menyebutnya sebagai pinjaman untuk memberitahu bahawa pahala yan dijanjikan atas perbuatan tersebut pasti akan mereka dapatkan, sebagaimana orang yang meminjam pasti akan mengembalikan pinjamannya. (Lihat Zaadul Masiir fii 'Ilmit Tafsir karya Imam Ibnul Jauzi)

0 ulasan:

Post a Comment

Translate