Memang benar kenyataan Faizal mengenai sumber kerezekian itu bukan dari mana-mana pihak, semuanya adalah dari yg Maha Esa. Jadi jgnlah ada yg mempertikaikan seperti menolak pemberian rezeki dari Allah SWT. Walaupun penampilah seperti rock tidak semestinya Faizal seorang yg jahil berbanding dengan pihak satu lagi yang agak kemas dan educated.
Dan kenyataan balas Faizal itu bkn bertujuaan menyokong mana-mana politik tetapi bercakap dari segi agama dan kefahaman pengertian qada dan qadar Allah SWT. Faizal juga cuma memperbetulkan kesilapan kenyataan dari pihak yg satu lagi. Saya percaya Faizal Tahir faham pengertian konsep qada dan qadar serta bertawakkal kepada Allah SWT dan dia percaya rezeki ada di mana-mana walaupun kerjanya lebih kepada industri hiburan.
Faizal Tahir
Surah Taha ayat 132
“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa". Taha:132.
Surah Saba Ayat 39
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". Saba 39
0 ulasan:
Post a Comment