Home » , » Pereka Fesyen Terkenal Calvin Thoo Peluk Islam

Pereka Fesyen Terkenal Calvin Thoo Peluk Islam

Written By Unknown on 19 May 2013 | 23:00


Calvin Thoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, beliau sudah di dalam industri lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dsb.

Alhamdulillah... petang tadi jam 3 beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi. Sahabat saya A Razak Muthalib turut menjemput saya tetapi tidak berkesempatan.
Namun, doa saya agar saudara baru kita, Calvin Thoo sentiasa di bawah lembayung kasih sayang Allah. Welcome to our big family my dear brother.

0 ulasan:

Post a Comment

Translate