Seorang pelakon Bollywood telah ditemui mati di rumahnya di Mumbai, menurut laporan polis. Jiah Khan dilaporkan ditemui tergantung oleh ibunya di apartmen mereka di bandar Mumbai,India.
Polis berkata bahawa tiada nota bunuh diri ditemui dan sedang mendapatkan maklumat dari jirannya.
Ibu dan kakak kepada pelakon itu dikatakan telah keluar dan dia bersendirian di apartmen apabila kejadian itu berlaku.
Mereka mendapati Jiah terggantung apabila mereka pulang ke rumah.
Rakan-rakan dan meminat bintang Bollywood itu meluahkan perasaan terkejut ke Twitter miliknya.
Ram Gopal Varma, yang pengarahkan filem sulungnya bertajuk Nishabd berkata bahawa dia sangat tertekan dengan kerjayanya.
Dia dilaporkan mahu meneruskan kerjaya dalam bidang reka bentuk dalaman apabila kerjaya lakonannya gagal untuk memenuhi potensi pada peringkat awal.
Ram berkata"Saya tidak tahu sebab apa yang membawa kepada bunuh diri, Jiah amat tertekan mengenai kerjaya dan takut untuk masa depannya, "kata ketika tweet di laman Twitter.
Ram menambah: "Kali terakhir saya bertemu Jiah, dia beritahu saya bahawa semua orang di sekelilingnya membuat dia berasa seperti kegagalan".
Jiah Khan atau nama sebenarnya Nafisa Khan, dilahirkan di New York dan dibesarkan di Chelsea, London. Dan kembali ke New York lagi pada usia 17 tahun untuk mengikuti kelas lakonan menurut laman web itu.
Teman lelaki Jiah,Suraj Pancholi anak kepada pelakon Bollywood Aditya Pancholi,dilaporkan disoal siasat oleh polis kerana dia dikatakan orang yang terakhir bertemu Jiah sebelum kejadian itu.
0 ulasan:
Post a Comment