Home » » Abaikan Kebersihan:17 Premis Makanan Diarah Tutup Operasi

Abaikan Kebersihan:17 Premis Makanan Diarah Tutup Operasi

Written By Unknown on 6 July 2013 | 02:49

Di SHAH ALAM, Jabatan Kesihatan Selangor menyita 17 premis makanan di Seksyen 2 di sini setelah gagal memenuhi standard kebersihan yang ditetapkan.
Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Selangor Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata tindakan mengikut Akta Makanan 1983 itu dibuat bagi memastikan pelanggan di premis berkenaan, tidak terdedah terhadap riisiko keracunan makanan.
alt+title
Gambar Hiasan
"Kesemua 15 gerai dan dua restoran yang disita telah diarahkan ditutup selama dua minggu untuk kerja-kerja membaik pulih dan memastikan mereka mencapai standard kebersihan oleh Kementerian Kesihatan dari aspek penyediaan makanan dan penyimpanan bahan-bahan mentah," katanya pada sidang berita selepas operasi selama dua jam sehingga 7 petang itu.
Hasil pemeriksaan turut mendapati sesetengah pekerja di premis makanan itu mengabaikan kebersihan diri seperti membiarkan kuku panjang dan kotor, memakai cincin, tidak memakai apron malah lebih menjijikkan, terdapat gerai yang beroperasi dalam keadaan sisa makanan dan saluran air bertakung serta tersumbat, katanya.
Dr Azman berkata semua pemilik premis makanan di Selangor telah diminta berdaftar dengan Sistem FoSIM Domestik di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan pemantauan kebersihan gerai menjelang 2014.
Terdapat 26,122 premis makanan di Selangor dan kini 8,098 telah berdaftar dengan sistem berkenaan, katanya.
Sementara itu, di KOTA KINABALU, 12 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan negeri dalam operasi bersepadu yang dijalankan bersama, Majlis Bandaraya Kota Kinabalu dan Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sekitar Kampung Air dan Kompleks Segama, di sini.
Ketua Penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Jamse Suladi berkata operasi bagi memastikan pemilik kedai kopi dan restoran mematuhi peraturan penyediaan makanan, peralatan kebersihan dan kebersihan premis.
"Beberapa premis juga didapati gagal mematuhi piawaiaan yang ditetapkan dan mempunyai tikus dan lipas berkeliaran dan ini amat berbahaya kepada pelanggan," katanya.
Suladi berkata premis terbabit diarah tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Katanya, beberapa premis juga didapati menggaji pekerja asing yang tidak berpengalaman dalam penyediaan makanan dan telah diminta memberi latihan kepada pekerja terbabit.

-- BERNAMA

1 ulasan:

  1. terutamanya kedai mamak..bukan nak memburukkan, tpi memng ternyata..kebersihan memng low..

    ReplyDelete

Translate