Kehadiran Paulus yang berketurunan Yahudi semata-mata ingin merosakkan ajaran Nabi Isa a.s sebenar, ramai penganut Kristian mengakui kebenaran ini. Persidangan Nicea telah menyaksikan berapa banyak gospel-gospel asal telah dibakar dan dimusnahkan dan sesiapa mengikut Injil Barnabas serta injil-injil lain selain Perjanjian Baru, mereka akan dibunuh dan diseksa.
Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas. Injil Barnabas tidak dianggap sebagai kanon oleh penganut Kristian. Oleh itu membaca Injil Barnabas dilarang sama sekali.
Kitab Injil Barnabas terdapat beberapa versi . Injil Barnabas dikatakan ditulis oleh Barnabas iaitu murid Jesus. Barnabas ialah pakcik kepada Markus. Beliau telah merantau dari Palestin ke Damsyik dan dari Philip ke Sinai untuk mengembangkan agama Kristian. Kuburnya ditemui di pulau Cyprus di Laut Mediterranean pada zaman Maharaja Zeno ( 478 m). Satu salinan Injil yang ditulis dengan tangannya sendiri ditemui di dada jenazah St Barnabas .
Injil ini popular dalam kalangan orang Islam kerana hampir sejalan dengan ajaran Islam. Tetapi Injil Barnabas hampir tidak diketahui oleh orang Kristian kerana ia amat bertentangan dengan konsep Triniti.
Injil Barnabas dikatakan ada dua manuskrip iaitu dalam bahasa Sepanyol dan dalam bahasa Itali. Injil Barnabas dalam bahasa Itali disimpulkan sebagai ditulis pada akhir abad ke-16 sementara dalam bahasa Sepanyol ditulis abad ke-18. Namun pengkaji Kristian mendakwa Injil Barnabas versi Sepanyol lebih tulen.
Ketulenan Injil Barnabas
Manuskrip Itali dan Sepanyol dilihat mempunyai gaya bahasa dan penulisan Constantinople / Istanbul kerana ada catatan kaki berbahasa Arab . Constantinople ialah nama lama bagi bandar Istanbul di Turki. Masyarakat Constantinople mungkin berbahasa Itali dan Sepanyol. Artifak -artifak Sacromonte di Granada 1590-an dihasilkan setelah orang Islam diusir dari Sepanyol. Granada Moor jatuh ke tangan Kristian pada 1492 M. Tetapi orang Islam Mudejar dan Sephandi Yahudi masih menetap di Venezia di Kesultanan Ottoman , Turki.
Pengkaji lain mendakwa Injil Barnabas tidak ditulis di Istanbul, tetapi di Rome , Itali kerana ungkapan syahadah dalam Injil Barnabas tidak sama dengan syahadah bahasa Arab.
Injil Barnabas telah dikritik oleh oleh 3 dekrit berikut :
- Dekrit Gereja Barat (382 M)
- Dekrit Paus Innocent 1 (465 M)
- Dekrit Gelasius (496 M)
Injil Barnabas telah 'disembunyikan' bersama-sama Injil-Injil yang lain yang disebut sebagai Apocrypha. Kebanyakan daripada Injil-Injil ini berjaya dimusnahkan. Sebahagian lagi hanya diketahui namanya sahaja. Satu naskhah Injil Barnabas telah berhasil lolos oleh Pastor Vra Marino yang sekarang berada di National Bibliothek, Vienna, Austria. Daripada naskhah yang menarik ini telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk oleh Dr Khalil Saadah. Sarjana Kristian dari negara Mesir, Dr Khalil Saadah menyatakan Injil Barnabas yang tersimpan di Perpustakaan Vienna, Austria adalah penemuan tidak ternilai dalam sejarah yang tebalnya kira-kira 225 halaman.
Injil Barnabas dilihat sangat anti Triniti dan anti Paul sedangkan dalam Bible yang diterima pakai oleh Paus, Paul lebih penting daripada Jesus. Kisah pastor Vra Marino dianggap sebagai cubaan mendiskredit tokoh-tokoh gereja Rom Katolik pada 1590-an. Vra Marino dianggap cuba memalukan Paus Siktus V yang menjadi ketua gereja pada tahun 1585-1590. Oleh itu Injil Barnabas dianggap sebagai palsu.
Judas Iskariot mati disalib bukan Jesus
Bahawa Jesus tidak disalibkan dan yang disalibkan ialah Judas Iskariot.(Lihat Barnabas 112:13-16 ;215:1-6; 217:77-81)
Fasal 215,216,217 dalam Injil Barnabas menyatakan Jesus tidak mati disalib sebaliknya Judas Iskariot yang mati disalib.
Judas Iskariot mengetahui Jesus bersembunyi dari sebuah rumah ke kebun dan berdoa. Lantas Judas Iskariot menawarkan maklumat itu kepada Imam Besar Yahudi dengan wang 30 keping perak. Sepasukan askar dengan dipandu oleh Judas Iskariot pergi ke kebun itu. Allah telah memerintahkan malaikat Jibril, Mikhail, Rufail dan Uril membawa Jesus ke langit manakala 11 orang murid Jesus sedang tidur.
Dengan takdir Allah, Judas Iskariot berubah rupa dan wajahnya menyerupai Jesus. Judas Iskariot menafikan dirinya Jesus walaupun disoal berulang-kali. Judas ditangkap oleh askar dan dibawa ke Jerusalem. 11 murid Jesus berjaya menyelamatkan diri. Judas diseksa, ditutup matanya dan hampir menjadi gila tetapi semua yang melihat hanya ketawa kerana menyangka Judas Iskariot buat-buat gila. Jika orang Kristian melihat pasti mereka kasihan.
Kemudian Judas diserahkan kepada Pilatus (wakil pemerintah di situ). Judas dipakaikan dengan pakaian ganjil berwarna unggu dan mahkota menyerupai raja Yahudi. Judas dibawa ke Bukit Tengkorak dalam keadaan disalib dan bertelanjang. Judas berteriak "Ya Allah, mengapa engkau tinggalkan aku. Orang yang bersalah terlepas sedangkan aku mati teraniaya".
Ibu Jesus dan lain-lain telah mengkebumikannya. Barnabas, Yahya, Yakub serta Maryam ibu Jesus telah pergi ke Nazareth. Beberapa orang telah menggali kubur Judas, menyembunyikan jenazah Judas dan menyebarkan berita Jesus telah bangkit sesudah mati disalib. Kemudian Allah telah memerintahkan malaikat membawa Jesus turun ke bumi untuk menemui Maryam yang kesedihan. Jesus memerintahkan Barnabas menulis kitab Injil.
Pada hari ke-3, Jesus memerintahkan Yakub dan Yahya mengumpulkan tujuh orang muridnya termasuk Nikodimus dan Yusuf. 72 orang lain lain turut hadir untuk makan malam di Bukit Zaitun. Bukit Zaitun adalah tempat dimana Jesus naik semula ke langit.
Muhammad sebagai Masihi (Al-Masih)
Bahawa Masihi yang ditunggu-tunggu kedatangannya bukan Jesus tetapi Nabi Muhammad. ( Lihat Barnabas 96:3-15 ; 97:1-19 ; pasal 190 -191)
Dalam Injil Barnabas, Jesus menerangkan akan kehadiran seorang Masihi yang bernama Muhammad. Muhammad adalah namanya yang diberkati. Jesus juga mendakwa dirinya bukanlah Masihi yang ditunggu-tunggu. (muka surat 97 dan 42:2)
Menurut satu versi Injil Barnabas:
'Dan paderi itu berkata: "Bagaimana Masihi itu akan digelar?" {Jesus berjawab} "Muhammad adalah nama berkatinya." ' (bab 97).
dan
Jesus mengaku, dan mengatakan kebenaran: "Saya bukanlah Masihi itu." (bab 42:2)
Kalau penulis Injil Barnabas telah mengalami dalam sebuah masyarakat Kristian, dia akan mengetahui makna masihi secara lain. Dalam Christendom, ia telah mengambil konotasi pada seorang pemerintah yang dianjurkan menyelamatkan para orang yang beriman dari penyelaran. Penggambaran ini sesuai dengan pandangan umat Islam terhadap Muhammad. Masihi bermaksud penyelamat atau seseorang yang diberkati, dan oleh kerana itu, menurut seorang pedebat Islam Ahmed Deedat, gelaran itu dapat diberikan pada mana-mana nabi, dan Jesus bermaksud Muhammad diberkati Allah.
Nabi Ibrahim mengorbankan Nabi Ismail bukan Nabi Ishak
Bahawa anak Nabi Ibrahim a.s yang hendak dikorbankan menurut Bible adalah Ishak (Lihat Kejadian 22: 1-13) sedangkan dalam Injil Barnabas adalah Ismail (Lihat Barnabas 208:4-8)
Barnabas juga menyatakan al Masih dari keturunan Ismail bin Ibrahim, bukan dari Ishak bin Ibrahim. ( 43:10). Masihi juga berketurunan Arab.( Barnabas 208:1-2). Anak Nabi Ibrahim yang dikorbankan ialah Ismail dan bukan Ishak. Sedangkan agama Yahudi dan Krstian percaya anak Nabi Ibrahim yang dikorbankan ialah Ishak.
Penyelewangan oleh Paul
Bahawa Paul adalah orang yang sesat dan menyeleweng dari ajaran Jesus yang sebenarnya.(Lihat Barnabas Kata pendahuluan ayat 7 dan 222:3)
Saul yang bergelar Paul atau Paulus adalah seorang yang amat memusuhi agama yang diajarkan oleh Jesus Christ dan pengikut-pengikutnya. Beliau tidak pernah belajar kepada Jesus sendiri dan kemudian mengaku bertaubat, seterusnya mengaku pula menjadi rasul Jesus. Akhirnya, penganut Kristian mengakuinya juga sebagai seorang rasul Jesus yang dipenuhi Roh Kudus. Empat belas surat keterangannya dimasukkan ke dalam golongan kitab-kitab Perjanjian Baru dan dianggap sebagai kanon dan kitab suci. Barnabas menyatakan Paul sebagai telah menyeludup ke dalam agama Kristian dan mengaku menjadi pengikut Jesus untuk menyelewengkan agama itu dari dalam. Barnabas menyatakan sebab beliau menulis Injil Barnabas kerana faktor Paul yang menyeleweng ini. (Barnabas Kata Pendahuluan 1-9.
"Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi atau munafik itu) datang kepada kamu, mereka berkata: "Kami telah beriman". Padahal sesungguhnya mereka itu masuk menemui kamu dengan kekufurannya, dan sesungguhnya mereka keluar (dari sisi kamu) dengan kekufurannya juga; dan (hendaklah mereka ingat), Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan".
(Al-Maaidah 5:61)
Gambar di atas..mengapa Bible ada simbol Freemason? Apa kena-mengena Kristian dan Freemason?
Tertipulah satu dunia.
"Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
(Al-Baqarah 2:109)
Persidangan Nicea buktikan penyelewengan dalan Bible: Klik Sini
Jemputan khas untuk saudara Wan Hayden bagi meramaikan Giveaway Top 5 Pengomen terbanyak di blog SentiasaPanas.com..;)
ReplyDeleteMakasih SP admin..
Deletetertipulah mereka semua!
ReplyDeleteRasul paulus memang tidak senang dengan ajaran Yesus. Tapi beliau di butakan matanya oleh allah karena menyiksa orang" yang beriman kepa Yesus. Mulai saat itu rasul paulus bertobat dan mau menerima Yesus. Dan rasul paulus diberikan hikmat oleh Tuhan untuk memberitakan injil" Tuhan melalu surat2nya sebelum dan sesudah iya di tangkap dan di masukan dalam penjara. Saya hanya meluruskan apa yang saya baca di atas. Jangan memuat opini yang anda sendiri belum mengerti dan anda belum memahami itu. Hal seperti ini yang bisa menimbulakn konflik" kecil di dalam hidup ber-masyarakat kita. Terima kasih.
ReplyDeletepaul adalah seorang yahudi yang memusuhi agama tauhid dan yesus serta nabi palsu,sesungguhnya bangsa yahudi/zionis sangat handal menipu dan memanipulasi fakta kerana sejarah bangsa derhaka meraka pada Allah amat panjang!saya telah mengkaji injil barnabas sekitar 1994,dan nyata kandungannya sangat berbeza dari buku injil yang empat!mark,luke,martius,john!YANG BENAR TETAP MENGALAHKAN YANG BATHIL!sekian
ReplyDelete