Home » » Dajjal Berasal Dari Pulau Socotra Yaman?

Dajjal Berasal Dari Pulau Socotra Yaman?

Written By Unknown on 23 January 2013 | 21:08

Pada zaman Rasulullah s.a.w, Dajjal menamakan dirinya sebagai Syuib. Pernah di satu ketika Rasulullah s.a.w. dan sahabat berjalan di satu lorong lalu berjumpa dengan seorang budak berdiri sedang cekak pinggang dan merenung Baginda dan sahabat sehingga berasap matanya, lalu dia menjerit ''dukhan-dukhan (asap)''.
Lalu Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah siapakan pemuda tersebut? Baginda menjawab, itulah Dajjal. dalam keadaan matanya yg berasap dia telah lari dari lorong ke lorong. Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali mahu membunuh Dajjal ini, Rasulullah s.a.w. melarang mereka. Namun Saidina Umar telah menyiku Dajjal sehingga mata kanan Dajjal buta lalu lari dari Madinah. Rasulullah telah bermunajat kepada Allah agar Dajjal dibawa keluar ke satu Pulau dan dipenjarakan.
Bentuk Fizikal Dajjal
Dajjal ini bentuk rupa paras senantiasa berumur 33 tahun, berbadan sasa, rambutnya kerinting dan matanya sepet. Usianya kini sudah hampir 2700 tahun.

Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal cuba datang ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat hidup lalu dia telah diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim Abu Ad-Dhari jumpa Pulau itu dan bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua. Selepas Tamim memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal lalu ia pun bertanya,"Apakah Saidina Abu Bakar maseh ada lagi?" Apabila dikatakan tiada maka Dajjal membesar. Kemudian Tamim mengatakan yg Saidina Umar sebagai Khalifah sekarang maka mengecillah ia lalu mengatakan bahawa Umarlah yg telah membutakan mata kanannya.

Tamim bertanya lagi."apakah tanda engkau akan bebas?" Lalu Dajjal mengatakan apabila dilihat wanita bebas berkuda.[Saya rasa maksud jawapan Dajjal itu ialah..bila kaum wanita setaraf dengan kaum lelaki..bebas berkuda,bersukan,berpolitik,menyanyi dan apa yang kita lihat pada zaman sekarang-wallualam].

Setelah bertanya kepada dajjal akan program akhir zaman. Sehinggalah Tamim faham akan program Dajjal lalu mengorak langkah membuat usaha demi utk umat di akhir zaman yakni KITA.
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w". Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda sambil tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak!".

Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal".
Pulau Socotra-Yaman
Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas.
Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari.
Di pulau yang tidak berpenghuni itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu". Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya “Siapa kamu ini?

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini".

Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

"Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:
Gua di Pulau Socotra-Yaman-Apakah di dalam gua ini Dajjal dikurung waktu itu...?
Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:

Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. "Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata": “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal".
"Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu a’lam.

Pulau Socotra Di Yaman
                                                                         Pokok Dragon Blood
Benarkah seperti yg diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W, Dajjal dikurung di sebuah pulau?
Apakah Pulau Socotra di Yaman?
Pulau Socotra yg terpinggir dari arus pembangunan dan bentuk geografi yg sungguh aneh di pulau ini (seperti gambar2 di atas), walaupun Pulau Socotra mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat di lain tempat, ia bukanlah satu lokasi tarikan pelancong. Kerajaan Yaman tidak pernah mempromosikan pulau ini kepada dunia.
Pulau Socotra adalah pulau yang memiliki iklim tropika padang pasir. Panasnya mencapai sehingga 40 darjah celcius.
Pulau Socotra adalah pulau yang dilindungi keasliannya, di sana hampir tidak dibangunkan jalan raya. Satu-satunya jalan yang ada di sana, hanya dibina kira-kira 2 tahun yang lalu melalui antara Pemerintah Yaman dan UNESCO.

Tidak banyak usaha dilakukan untuk menarik pelancong ke Pulau Socotra agar keaslian pulau Socotra terpelihara.

Tiada kemudahan disediakan termasuk hotel penginapan,restoran  atau infrastruktur yg baik di sana.
Lebih aneh apabila ada masyarakat setempat yang mengaitkannya dengan penjara Dajjal. Pulau Socotra, pulau terpelik di dunia,. mempunyai spesis tumbuhan yang amat pelik, seperti dragon blood tree, atau pokok darah naga, getahnya berwarna merah. Pokok 'Dragon Blood Tree'.
Dalam bahasa tempatan Dam al-Akhawain bermaksud..'blood of the two brothers'. Pokok ini berharga kerana getah nya yang berwarna merah digunakan sebagai pembuatan ubat dan kosmetik. Pokoknya begitu cantik dan unik.
Pokok Daragon's Blood ini ialah salah satu diantara 900 spesis pokok yang sangat pelik dan popular di pulau Socotra. Bila ke sini seperti pergi ke planet lain, teori sebahagian penganalisis menyatakan pulau ini mungkin tempat asal dajjal di kurung waktu dulu.
Wallahu a’lam

Keterangan lanjut ...sila klik--> Kisah Akhir Zaman atau Sejarah ketamadunan manusia : Klik Sini

1 ulasan:

  1. Letak pulau ini sejauh satu bulan pelayaran dari Syria. -hadis- bermakna laut mediterinian. pulau socotra terlalu jauh jika melalui laluan ini mungkin berbulan bulan lamanya. perjalanan sebulan pelayaran dari syiria ialah 100% pulau dari benua eropah. fikir fikirkanlah....

    ReplyDelete

Translate