Home » » Sejarah Ketamadunan Manusia dan Dunia Akhir Zaman--Bahagian 1

Sejarah Ketamadunan Manusia dan Dunia Akhir Zaman--Bahagian 1

Written By Unknown on 22 June 2013 | 14:10

alt+Title
Benarkah sejarah ketamadunan manusia seperti peringkat-peringkat zaman di atas? Apa yang kita diajar dalam buku tek di awal persekolahan . Peranan penjajah selain dari mencuri hasil bumi dalam negara jajahan mereka, meracun fikiran orang-orang Islam melalui sistem pendidikan sekular untuk meluputkan sejarah ketamadunan Islam.
Sejarah Ketamadunan Manusia
1-      Zaman Batu- Bermula dari proses evolusi dari beruk menjadi manusia.
i-Poleolitik
ii-Mesolitik
iii- Peolitik
    2-Zaman Gangsa
    3- Zaman Logam
      4- Zaman Moden


Bermula dari kanak-kanak sekolah kerana mereka masih mentah senang diracun minda mereka agar tertanam sehingga mereka besar kelak. Alhamdulillah, sesetengah guru-guru sekolah perbetulkan balik pembohongan sejarah itu dan mengajar melalui sejarah Islam seperti di bawah dalam pengajian Agama Islam. Teori Charles Darwin tetap diiktiraf seluruh dunia walaupun mendapat kecaman dan bahan ketawa orang-orang Islam dan Kristian.
Charles Darwin
1-Adam
2-Idris
3-Nuh
4-Hud
5-Saleh
6-Ibrahim
7-Luth
8-Ismail
9-Ishak
10-Ya’qub
Setiap zaman Nabi bermula dari Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad SAW mempunyai sejarah ketamadunan manusia tersendiri seperti yang disampaikan di dalam kitab Al-Qur’an. Turutan nama-nama besar  itu tiada kaitan dengan teori evolusi, zaman batu, gangsa dan zaman logam. Contohnya:-
Nabi Adam a.s sendiri diajar oleh Allah SWT dengan bercucuk tanam, bina rumah dll.[Al-Baqarah 2:31].
Nabi Idris a.s  pandai menjahit pakaian, ahli astronomi dll,
Nabi Nuh a.s membina bahtera. [surah isra’ ayat 17] & [ surah Maryam  ayat:19:58]
Kehebatan istana Nabi Sulaiman a.s [surah Baqarah ayat 102]telah disampaikan dalam Al-Qur’an dan banyak lagi.
11-Yusuf
12-Ayub
13-Syu’aib
14-Musa
15-Harun
16-Zulkifli
17-Daud
18-Sulaiman
19-Ilyas
20-Ilyasa’
Bukti-bukti tinggalan sejarah ketamadunan manusia seperti yang kita lihat hari ini contohnya Kaabah, Masjid Al-Aq’sa, Piramid [Piramid wujud di merata dunia termasuk China dan Jepun], telaga air Zamzam  dan banyak lagi. Mengapa harus pertikaikan lagi dengan nama-nama besar 1 sampai 25 itu.
Selain dari itu kesan kemusnahan ketamadunan manusia akibat kekhufuran mereka untuk  Allah SWT jadikan iktibar pada masa kini dan akan datang seperti disampaikan dalam Al-Qur’an.
                
  "Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya".(Al-A'raaf 7:136)

      Contohnya Tasik Qarun, Laut Mati di Jordan, makam Fir’aun, kemusnahan kota kaum A’ad dan kaum  Tsamud dan lain-lain.
-Nabi Saleh dengan kaum Tsamud [ surah Al-A'raaf: ayat 73 &79]
-Kisah Nabi Hud dengan kaum 'Ad [Surah Surah Al-Haaqqah Ayat 64-68]
-Nabi Luth a.s dan kaumnya [ Asy-Syu'araa' 26:161]
-Dan banyak lagi. Dan gambar-gambar boleh lihat di internet sebagai pengesahan.
Para Nabi-Nabi adalah mewakili utusan Allah SWT untuk kaum di zaman itu.. Surah Ali Imran: Ayat 137 “ Telah berlalu aturan-aturan yang tetap sebelum kamu, maka kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustkan [ayat-ayat Allah]”.
Semua nama-nama besar ini mempunyai peristiwa perjalanan cerita masing-masing.










25-
Muhammad
Fasa 1
2
3
4
5
Zaman Rasulullah dan selepas kewafatan Baginda ada 5 fasa seterusnya akan ditempuh sehingga hari kiamat seperti yang disampaikan oleh Baginda------>
 21-Yunus
22-Zakaria
23-Yahya
24-Isa                                                                                                                   
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 3
Fasa 4
Fasa 5
Mengikut Rasulullah- Fasa 1 semasa baginda masih hidup
Zaman Pemerintahan Khalifah [sistem pemerintahan kenabian]
Zaman Pemerintahan sistem monarki- Dimonopoli oleh keturunan pemerintah.
Zaman pemerintahan oleh mereka yang sombong dan bermaharajalela [Penjajahan. penguasaan dan Penaklukan]
Fasa 5 sistem pemerintahan mengikut cara kenabi an



Zaman Rasulullah.
Berlalu
Selepas kewafatan Baginda
Zaman pemerintahan Khulafa’ Al Rashidin
Berlalu

1.        Saidina Abu Bakar, 632-634 M
2.        Saidina Umar Al-Khatab, (Umar І) 634-644 M
3.        Saidina Uthman Affan, 644-656 M
4.Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M
1.       Kerajaan Ummayyah
2.       Abassiyah
3.       Uthmaniah.
 Berakhir sepenuhnya pada thn 1924
Berlalu
Zaman segala bentuk fitnah, kekuasaan dan penipuan
Zaman sekarang
  1. Zaman kemunculan Dajjal Al-Masih.
  2.  Turun Nabi Isa a.s dan Imam Mahdi memusnahkan Dajjal.
Zaman pemerintahan kenabian berasaskan syariat Islam
Belum tiba lagi


Dunia akhir zaman [penghujung zaman]

Adakah kita berada di fasa ke-3 [Zaman Kerajaan Ummayyah,Abassiyah dan Uthmaniah]                                                                                                                                                       
Zaman kerajaan Bani Ummayyah sehingga Empayar Uthmaniah yang diperintah oleh keturunan mereka telah berakhir sekitar tahun 1919 lagi selepas Perang Dunia I. Dan penghapusan nama Empayar Uthmaniah oleh Mustapha Kamel Artaturk secara total di Turki pada tahun 1922-1924 dan menubuhkan Republic Turkey.
Kerajaan Uthmaniah adalah empayar terakhir selepas Abassiyah bermula dari 1243M sehingga tahun 1924.
Fasa ke-4
Rasulullah mengingatkan umatnya yang hidup dalam fasa ke-4 ini akan datang satu fitnah yang besar dalam sejarah ketamadunan dan peradaban manusia, iaitu fitnah Dajjal Al Masih. Sebab peluang terakhir inilah Dajjal dan Iblis Laknatulah berusaha menghasut bersungguh-sungguh dan membawa manusia menjadi pengikutnya ke arah kesesatan dan kekal di dalam neraka.
Hadis riwayat Abu Bakrah ra., ia berkata:
Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Apabila dua orang muslim saling bertarung dengan menghunus pedang mereka, maka pembunuh dan yang terbunuh, keduanya akan masuk neraka. Aku (Abu Bakrah) bertanya atau beliau ditanya: Wahai Rasulullah, kalau yang membunuh itu sudah jelas berdosa, tetapi bagaimana dengan yang terbunuh? Beliau menjawab: Kerana sesungguhnya ia juga ingin membunuh saudaranya. (Shahih Muslim No.5139).
Contohnya kita lihat sekarang berlaku pergolakan di Timur Tengah yang terbaru di Syria.
Fasa ke-5
Dajjal tidak lagi wujud di fasa ke-5 kerana dunia diperintah oleh mereka yang beriman dan mengikut syariat Islam sepenuhnya. Dan fasa ke-5, sejarah ketamadunan manusia hampir tamat.
Di fasa mana kita berada sekarang?
Fasa 1-3 sudah berlalu dan fasa ke-5 [dunia diperintah sistem seperti zaman kenabian dan mengikut syariat Islam- Adakah dunia sekarang mengikut undang-undang syariat Islam sepenuhnya?  Kalau tidak, maka sah kita berada di fasa yang paling bahaya sekali iaitu fasa ke-4.
Seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW akan kemunculan fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia pada satu zaman. 
Kedatangan Nabi Isa a.s dan munculnya Imam Mahdi yang akan memindah umat Islam ke fasa 5. Fasa ke-5 berakhir sejarah ketamadunan manusia, Dajjal dan Iblis telah ditewaskan [semasa fasa ke-4].
Zaman Nabi manakah Dajjal dilahirkan?
1-Adam
2-Idris
3-Nuh
Dajjal dikatakan sesetengah alim ulama lahir sejak zaman Nabi Sulaiman, zaman Nabi Daud atau sejak zaman Nabi Nuh. Ingat lagi dengan sepotong ayat dalam hadis..."sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kepada kaumnya...?"
*Kemungkinan Dajjal telah lahir pada zaman Nabi Nuh a.s atau nabi Adam dan Nabi Idris a.s cuma pendapat penulis [admin] sahaja sebab tidak diketahui dengan jelas mengenai asal-usul Dajjal..walahuallam, hanya Allah SWT yang mengetahunya.
*Mustahil Nabi Nuh mengetahui peristiwa akan datang iaitu selepas zamannya---> Nabi Hud, Saleh atau para Nabi-Nabi seterusnya.
Allah SWT berfirman kepada malaikat dalam surah Al-Baqarah [Ayat 30]
Sesungguhnya Aku ingin menjadikan khalifah di muka bumi...”
Lalu para malaikat menjawab.. “ Adakah Kamu [Allah SWT] ingin menjadikan di atas muka bumi ini orang-orang yang akan merosakkan bumi dan menumpah darah?”..Sedangkan kami pula sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau...”
Allah SWT berfirman: “ Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu semua tidak tahu”.
Mustahil Nabi Nuh a.s akan tahu Dajjal akan lahir pada zaman selepas zamannya sedangkan para malaikat sendiri tidak tahu perkara akan berlaku, kecuali  mereka yang terpilih oleh Allah SWT seperti Nabi Khaidir yang memiliki ilmu Laduni yang dapat mengetahui perkara akan datang berlaku...Walahuallam.
Dan bukti-bukti hadis seterusnya:-
Dari Qatadah, beliau mendengar daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ;"Tidak seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahwa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis "kaaf", "faa", "raa". Hadis riwayat Muslim.
Dari Salim bin Abdullah, beliau telah diberitahu oleh Abdullah bin Umar RA:  Bahwa Umar bin Khathab pergi bersama Rasulullah SAW dalam suatu rombongan menuju tempat Ibnu Shayyad dan menjumpainya sedang bermain dengan anak-anak kecil di dekat gedung Bani Maghalah, sedangkan pada waktu itu Ibnu Shayyad sudah mendekati usia baligh. Ia tidak merasa kalau ada Nabi SAW sehingga beliau menepuk punggungnya lalu Nabi berkata kepada Ibnu Shayyad: "Apakah kamu bersaksi bahwa aku ini utusan Allah?" Ibnu Shayyad memandang beliau lalu berkata: "Aku bersaksi bahwa engkau adalah utusan orang-orang yang buta huruf". Lalu Ibnu Shayyad balik bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah engkau bersaksi bahwa aku utusan Allah? Beliau menolaknya dan bersabda: "Aku beriman kepada Allah dan para rasul-Nya". Kemudian Rasulullah berkata kepadanya: "Apa yang kamu lihat?" Ibnu Shayyad berkata: Aku didatangi orang yang jujur dan pendusta. Maka Rasulullah SAW bersabda: "Perkara ini telah menjadi kabur bagimu". Lalu Rasulullah melanjutkan: Aku menyembunyikan sesuatu untukmu. Ibnu Shayyad berkata: "Asap".Beliau bersabda: "Pergilah kau orang yang hina!" Kamu tidak akan melewati derajatmu! Umar bin Khathab berkata: "Wahai Rasulullah, izinkan aku memenggal lehernya!" Beliau bersabda: "Kalau dia Dajjal, dia tidak akan dapat dikalahkan, kalau bukan maka tidak ada baiknya kamu membunuh dia". Salim bin Abdullah berkata: Aku mendengar Abdullah bin Umar berkata: Sesudah demikian, Rasulullah dan Ubay bin Kaab Al-Anshari pergi menuju ke kebun kurma di mana terdapat Ibnu Shayyad. Setelah masuk ke kebun beliau segera berlindung di balik batang pohon kurma mencari kelengahan untuk mendengarkan sesuatu yang dikatakan Ibnu Shayyad sebelum Ibnu Shayyad melihat beliau. Maka Rasulullah SAW dapat melihat ia sedang berbaring di atas tikar kasar sambil mengeluarkan suara yang tidak dapat dipahami. Tiba-tiba ibu Ibnu Shayyad melihat Rasulullah SAW yang sedang bersembunyi di balik batang pohon kurma lalu menyapa Ibnu Shayyad: "Hai Shaaf", (nama panggilan Ibnu Shayyad), "ini ada Muhammad!" Lalu bangunlah Ibnu Shayyad. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya ibunya membiarkannya, maka akan jelaslah perkara dia". Diceritakan oleh Salim, bahwa Abdullah bin Umar berkata: "Maka Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah orang banyak lalu memuji Allah dengan apa yang layak bagi-Nya", kemudian menyebut Dajjal seraya bersabda: "Sungguh aku peringatkan kamu darinya dan tiada seorang nabi pun kecuali pasti memperingatkan kaumnya dari Dajjal tersebut". Nabi Nuh as. telah memperingatkan kaumnya, tetapi aku terangkan kepadamu sesuatu yang belum pernah diterangkan nabi-nabi kepada kaumnya. Ketahuilah, Dajjal itu buta sebelah matanya, sedangkan Allah Maha Suci lagi Maha Luhur tidak buta". Hadis riwayat Muslim dari hadis ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa Dajjal telah ada ketika Nabi Adam turun ke bumi lagi. Ini kerana segala kerosakan yang dilakukan ke atas bumi ini tidak dapat dijelaskan jika tidak dikaitkan dengan campur tangan Dajjal. Fitnah terbesar yang terjadi di muka bumi sejak diciptakannya Adam sampai bangkitnya kiamat adalah fitnah Dajjal. Demikian dikatakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Oleh kerana itu, tiada seorang Nabi-pun sejak Nuh sampai Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallamuhu kecuali masing-masing mengingatkan kaumnya akan Dajjal. Peringatan ini bertujuan memberitahu akan kedahsyatannya dan agar berhati-hati darinya.
Sebab itulah Allah SWT meletakkan khalifah-khalifah di bumi ini kerana akan lahir satu Raja Fitnah yang dasyat bersekutu dengan iblis untuk membawa umat manusia ke neraka, seperti yang disampaikanNya dalam surah Al-Baqarah [ayat 30] di atas. Jadi khalifah-khalifah inilah seperti yang kita lihat/baca sejarah sebelumnya, sebagai pembimbing dan penyampai utusan Allah SWT untuk umat manusia. Jika tiada nama-nama besar ini sudah tentu umat manusia semua akan jadi pengikut iblis dan Dajjal laknatulah.
Baca doa ini selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali solat. Insya Allah akan dapat menghindar dari fitnah dajal.
بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka jahannam, aku berlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian dan berlindung kepadaMu dari Al-Masih Dajjal”.
HR. Bukhari, Muslim
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a, berkata:
Aku mendengar Rasulullah saw sentiasa memohon perlindungan dari fitnah Dajjal ketika dalam Solatnya.

1 ulasan:

Translate