Home » » Kisah Misteri Di Sebalik Tenggelamnya Kapal Titanic

Kisah Misteri Di Sebalik Tenggelamnya Kapal Titanic

Written By Unknown on 29 December 2012 | 22:18

10 April 1912, sebuah kapal penumpang mewah yang menggunakan kuasa wap buatan Inggeris yang pada ketika itu merupakan kapal terbesar dan termewah di dunia, belayar dari Southampton, England ke Amerika. Tragedi tenggelamnya kapal mewah di dasar laut Atlantik menjadi catatan sejarah yang agak kelam atau misteri disebalik nama yang gah itu.
Kapal Titianic, banyak sekali spekulasi dan andainya mengapakah kapal moden,mewah dan termaju di waktu itu boleh tenggelam. Menjadi persoalan dan teka-teki sehingga sekarang. Pada tahun 2005 para penyelidik mencari panduan dan menyiasat kejadiaan misteri itu yang tersimpan hampir 1 abad yang lalu.
Hingga hampir 93 tahun, orang2 percaya bahawa kapal Titanic tenggelam menjadi 2 bahagian, namun pada tahun 2005 sekumpulan para penyelidik yang melakukan selaman ke  bangkai kapal Titanic berjaya mencari bukti tentang misteri tenggelamnya TITANIC
David Concanon 
Ogos 2005, David Concanon (penasihat dari 6 kali ekspedisi Titanic di lautan Atlantik) kembali memimpin sebuah ekspedisi untuk meneroka kawasan baru dari RMS Titanic yang telah dia teliti pada tahun 2000. John Chatterton (penyelam handal dalam tragedi kemalangan marin di Ireland, dalam tenggelamnya RMS Lusitania tahun 1994) dan Richie Kohler (kakitangan kemalangan laut yang telah menyelam sejak tahun 1980, dan pernah bekerja pada projek besar seperti pelayaran USS Murphy dan German U-Boat U-215 ) ditugaskan untuk melakukan selaman.
  John dan Richie 
John dan Richie yang melakukan selaman menggunakan kapal selam mini buatan Rusia itu termasuk dua bahagian besar dari bangkai kapal Titanic yang berada sejauh 1 batu dari bangkai utama. Dengan kata lain Titanic bukan terbelah 2, melainkan pecah menjadi 4 bahagian. Setiap bahagian yang ditemui itu berukuran panjang 90 kaki dan lebar 30 kaki dengan berat mencapai ratusan tan.
Berdasarkan laporan tenggelamnya titanic menyebutkan bahawa kapal tersebut masih tetap melaju sewaktu sewaktu bertembung dengan bongkah ais. Semua kesangsian  oleh pakar penyidikan dari Amerika dan British mendedahkan fakta bahawa tidak ada seorang pun di dalam kapal ketika itu yang merasakan adanya pertembungan ataupun perlanggaran bongkah ais.
Kesimpulannya, kapal Titanic tidak terbelah menjadi 4 bahagian semasa ianya masih berada di atas air. Melainkan semasa iangan sedang tenggelam. Beberapa penganalisis menyebut jika ianya pecah pada 2 bahagian Titanic sejauh 1 batu adalah disebabkan oleh letupan dalam air.
Ianya seperti ada letupan bom yang sengaja diletakan di dalam kapal.
Semua bermula pada tahun 1910, di mana 7 orang mengadakan pertemuan di Jekyll Island di luar pantai Georgia untuk merancang penubuhan Federal Reserve Bank.

Dalam rencana penubuhan Federal Reserve itu:-
- Nelson Aldrich dan Frank Volderclip menunjukkan plan perancangan Rockfeller.
- Hendry Davidson, Charles Norton dan Benjamin Strong mengajukan program2 kepada JP Morgan
- Paul Warberg mengajukan Sistem perbankan Rothschild di Eropah.

Pertemuan itu menghasilkan korporat antara Morgan, Rothschild dan Rockfeller dengan tujuan mendirikan / mengesahkan penubuhan Perbankan Nasional yang disebut sistem Federal Reserve.

Rothschild, Morgan dan Rockfeller sendiri dikawal oleh perintah Jesuit (Hidden Hand-Gerakan Sulit), kumpulan paling berkuasa yang akan melakukan apa-apa jika diperlukan untuk menghancurkan perlembagaan kebebasan di Amerika dan menumbuhkan kekuasaan / dominasi agama Freemason di dunia.

Pembinaan dari Titanic sendiri bermula pada tahun 1909 di Belfast, Ireland.
Belfast adalah penganut Protestan dan dibenci oleh para jesuit. JP Morgan kemudian mengambil alih kawalan ke atas White Star (syarikat dimana titanic dibina, dan Kapal gah Olimpic juga dibina sebelu Titanic) dengan membiayai dan mengubah bahan Titanic (termasuk menukar paku sumbat dengan kualiti rendah yang mudah lepas oleh desakan air laut) atas arahan kumpulan underground Jesuit yang merupakan kapal termewah pada awalnya tetapi tetap akan diumpankan pada kematian pada akhirnya. Banyak peralat-peralat kapal Olimpic digunakan untuk Titanic.

Iklan dan promosi Titanic pada waktu itu sangat dilebih-lebihkan, semua itu adalah untuk menarik perhatian beberapa orang terkaya di dunia seperti John Jacob Astor V, Isador Strauss dan Benjamin Guggenheim. Mungkin juga ada hasutan dan pujuk rayu dari 'seseorang' untuk menawarkan kepada 3 orang yang dikehendaki ini oleh agen pembunuh ini.
Mengapa mereka yang menjadi Sasaran penenggelaman Titanic?
Kerana 3 orang tersebut sangat menentang adanya Federal Reserve, orang2 ini adalah orang2 terkaya di dunia yang mempunyai pengaruh yang besar juga pada dunia. Dan mereka berdiri menghalang tujuan para ahli Iluminati ini.

Mereka ini bukan hanya menentang Federal Reserve, seperti John Jacob Astor yang bersama Hakim Mahkamah Tinggi Amerika ketika itu Louis D. Brandeis telah bersatu untuk menentang Bank Central Amerika / Federal Reserve, namun juga menggunakan kekayaannya untuk menentang adanya Perang Dunia 1.
 Benjamin Guggenheim
John Jacob Astor V
Mengapa harus dengan Titanic untuk menyingkirkan mereka semua?
Mereka tahu, membunuh orang2 ini bukanlah perkara mudah, apalagi John Jacob Astor, Beliau seorang yang terkenal, jutawan Amerika, salah seorang freemason level tinggi dan juga salah satu dari 13 keturunan illuminati, hingga sekarang apa yang membuka hatinya untuk menentang Federal Reserve masih menjadi misteri walaupun menganut fahaman yang sama.
Isador Strauss
Untuk mendekati Astor sangatlah sukar kerana beliau salah seorang elite Mason yang amat tahu semua kelicikan Rothschild. Untuk itulah rencana pembunuhannya dan juga orang2 yang lain dalam masa yang sama perlu dilakukan secara berhati-hati, penuh tipu muslihat dan tersembunyi sehingga tiada seorang pun yang tahu dan menyedari bahawa tragedi Titanic adalah untuk menyingkirkan beberapa orang yang menjadi penghalang dengan mengorbankan beribu-ribu nyawa tak bersalah seperti perang dunia 1 dan 2, revolusi2 di Eropah, tragedi WTC dll.
Pada 31 Mac 1912, J.P.Morgan meninggal dunia. Kebanyakan orang menyangka bahawa dia adalah juga termasuk orang terkaya di Amerika, namun wasiatnya mendedahkan bahawa dia hanya memiliki 19% dari saham JPMorgan Company dan 81% yang lain adalah milik Rothschild dan keluarganya.
Rothschild
David Rockerfeller
Ketika Titanic mula belayar dari laut selatan Inggeris, Francis Bowne, seorang Jesuit yang paling berkuasa dan mempunyai tingkatan yang paling tinggi di seluruh Ireland, yang mempunyai gelaran "Jesuit General" memberikan arahan kepada Edward Smith ("Jesuit Master") tentang apa yang harus dilakukannya di Lautan Atlantik Bahagian Utara iaitu ..... Menenggelamkan Titanic.
Edward Smith [kiri] dan J.P.Morgan
Pengalaman Kapten Edward Smith di Atlantik Utara selama 26 tahun menjadikannya orang yang paling mengetahui selok belok perairan di Atlantik. Dan fakta bahawa kapal yang dibawanya ini dibina untuk musuh2 Jesuit dengan tujuan utama sebagai "deadly ship" disertai dengan planning B (meledakkan kapal) untuk lebih melancarkan aksinya apabila menghampiri bongkah ais.
Jadi tanggapan orang bahawa kapal itu tenggelam kerana terlanggar bongkah ais.
Dia mengendalikan Titanic dalam kelajuan penuh 22 knots dalam malam yang gelap tanpa ada cahaya bulan dan melewati dataran ais seluas 80 batu persegi. Hingga pada akhirnya terjadilah pertembungan antara Titanic dengan gunung ais.
Dalam insiden malam itu Benjamin Guggenheim, Isador Strauss dan John Jacob Astor menjadi korban. Namun isteri john iaitu Madeleine dan juga Molly Brown selamat dari insiden tersebut.

Tenggelamnya Titanic adalah bencana terbesar pada abad 20 di samping perang dunia. Insiden ini terjadi pada tarikh 14 April (yang juga tarikh yang sama pada saat pembunuhan Abraham Lincoln yg juga menolak Federal Reserve) dan dengan itu tersingkirlah semua hambatan Federal Reserve. Disember 1913, Federal Reserve berjaya ditubuhkan dengan lancar.

Perlu pembaca  ketahui, pada masa itu ada 2 kemalangan besar yang tercatat dalam sejarah iaitu:
1. Tragedi Titanic 1912 dan
2. Tragedi Belon Udara Hindenburg 1937 (belon udara zeppelin).
Kedua-duanya menjadi penanda yang teramat jelas, iaitu tamatnya riwayat pengangkutan dengan bahan selain sumber petrolium. Untuk di gantikan dengan pengangkutan yang menggunakan bahan api.

Selepas waktu itu bermula episod penggunaan meluas bahan bakar dari sumber petrolium yang dikuasi oleh keluarga minyak dunia seperti Rockfeller dan David Rockerfeller.

Kesimpulannya mereka menanam modal untuk membina kapal mewah dengan nilaian ratusan juta dollar waktu itu untuk membunuh beberapa orang yang menjadi penghalang kemahuan mereka.

1 ulasan:

  1. NP Bro !! :3 Saya hanya ingin Promo sekalian ngeShare ilmu tentang Tutorial Blog, Anime, Download Software, games, dan lain-lainnya
    - No Plagiat
    - Murni
    - Tips dan Tutorialnya mudah dipahami
    - Selalu Bertanggung Jawab , terkecuali tidak ada dalam Posting kami
    *Silahkan Datang di Blog kami kunjungi http://kreative-bunshin.blogspot.com/*
    Jangan Lupa Follow on Google juga (y)

    ReplyDelete

Translate