Home » , » Bahaya Pengambilan Panadol

Bahaya Pengambilan Panadol

Written By Unknown on 9 November 2012 | 22:32


Jom kita share ...mengenai bahaya kesan pengambilan Panadol, actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala...


Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk
pada masa akan datang.
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT
di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan
data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor
memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri
tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka
akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ
hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh
selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku
seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid
kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru
berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang
(dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2

botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau
1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan.

Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air
suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya,


semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan
dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan

jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka
akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi
dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui
pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol
sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi
kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat
yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup
diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

0 ulasan:

Post a Comment

Translate