Home » , » Keadaan Daif Pelarian Palestin Di Jordan

Keadaan Daif Pelarian Palestin Di Jordan

Written By Unknown on 13 November 2012 | 15:06

Nasib pelarian Palestin di Jordan (Beginilah nasib anak-anak Pelarian Palestin ,bagaimana masa depan mereka, tiada pendidikan,kerakyatan yang tetap dan segala bentuk bantuan)

Penderitaan dan serba kekurangan adalah nyata sepanjang kem pelarian Gaza di mana majoriti keluarga tinggal kurang daripada $ 40 USD sebulan. Bau busuk daripada kumbahan yg dipenuhi tikus-tikus,lalat dan serangga,
 berserta dengan padang pasir yang berdebu sekitar kem pelarian membuat hidup mereka satu cabaran yang sangat getir untuk penduduk kem pelarian itu. Air kumbahan dan bahan buangan yang tidak sistematik telah terkumpul dalam sistem kumbahan di sepanjang kem. Saluran kumbahan  yang tidak teratur di kem terkumpul dari lubang pada lantai rumah atau buang terus ke dalam longkang yang saluran berjalan di bawah setiap rumah di kem itu.

Walaupun dibelenggu oleh kemiskinan yang teruk, penduduk kem pelarian ini kerap dipaksa untuk membayar kepada pihak berkuasa Jordan jumlah yang terlalu tinggi bagi membiayai kos kumbahan untuk dipam keluar dari rumah mereka ke dalam tangki septik khas.

Kem pelarian Gaza di Jerash, Jordan dihuni 24,000-34,000 pelarian Palestin yang melarikan diri dari Gaza, Palestin sejak tahun 1948 dan 1967. Tidak seperti pelarian Palestin dari daerah-daerah lain,rakyat Palestin di kem pelarian Gaza dianggap sebagai persona grata di Jordan (iaitu mereka telah ditolak identiti, tidak diberikan kertas pengenalan diri, oleh itu, menyangkal hak untuk bekerja dan bergerak bebas ke seluruh daerah ). Pelarian Palestin yang tinggal di ibu kota Amman,Jordan dianggap sebagai pelarian  "Penghuni Yang Dilupa" atau "Tidak Diendahkah Oleh Kerajaan" dan juga penduduk Jordan.
Gambar-gambar di atas memberikan imbasan tentang realiti keadaan hidup ramai pelarian ini yang sangat daif dan telah terpaksa berdepan dengan berbagai kekurangan dari espek, politik, sosial, dan ekonomi kepada  mereka- WanHayden

0 ulasan:

Post a Comment

Translate