Home » , » Rumah Kapsul Di China

Rumah Kapsul Di China

Written By Unknown on 11 November 2012 | 13:58

 Rumah Kapsul di China, kadar sewa rumah untuk 2 bilik mencecah RM1300, menyebabkan wujudnya rumah-rumah kapsul di negeri China.
 
                                                                   Rumah kapsul yang sempit
Walaupun negara China memiliki keluasan tanah yang besar dan banyak tanah-tanah kosong di setiap daerah dan bandar, tapi Rumah Kapsul menjadi sangat popular dan terkenal di daerah Wuhan di China. Bayaran sewa rumah yang terlalu mahal telah mendorong ramai pekerja berkongsi tinggal di dalam bilik-bilik kecil seperti kapsul di dalam sebuah bangunan dalam wilayah Wuhan.

Setiap bilik kecil yang digelar ‘rumah kapsul’ itu, hanya memiliki keluasan 4.5 meter persegi sahaja.Idea rumah kapsul terbabit dicadangkan oleh pemilik hartanah itu yang telah membina 55 buah bilik kecil di dalam bangunan miliknya itu. Setiap bilik kecil atau bilik kapsul digunakan sebagai tempat tidur, bilik mandi, ruang tamu, dapur sekali kesemuanya dalam satu bilik kapsul kecil.

Penyewa bilik kecil atau bilik kapsul itu terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang kerjaya yang berbeza. Walaupun bilik tersebut sangat kecil, majoriti penyewa menganggap menyewa di rumah kapsul itu jauh lebih berbaloi jika dibandingkan dengan gaji mereka yang rendah berbanding sewa rumah lain yang sangat mahal dalam daerah ini. Mungkin akan berlaku di sekitar bandar KL dan PJ suatu masa nanti.
Ruangan bilik mandi & bilik tidur yang flex

0 ulasan:

Post a Comment

Translate