Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut
perayaan yang dikenali sebagai Halloween.
Halloween juga dikenali sebagai All Saint's'Day dan ianya
berkaitan dengan amalan dan upacara bagi penganut Kristian di Celtic, Ireland
sejak 2,000 tahun lalu.
Penghijrahan ke Amerika pd tahun 1900-an
Penghijrahan ke Amerika pd tahun 1900-an
Zaman penghijrahan
beramai-ramai dari benua Eropah sejak abad awal abad ke-19 semasa bencana
kebuluran di Ireland pada tahun 1840-an, telah menular di Amerika, di mana hari
ini ia adalah salah satu cuti utama pada setiap
tahun. Melalui masa, tradisi lain telah dicampur ke dalam Halloween,
contohnya penuaian tanaman di Amerika dan tradisi ukiran labu telah bercampur
dari tradisi Amerika dan Ireland.
Ireland pada tahun 1900-an
Mengikut amalan
mereka,Hari Halloween adalah memberi penghormatan kepada nenek moyang keluarga mereka
dan dijemput ke rumah untuk melihat keluarga
si mati ,manakala roh berbahaya akan dihindari. Semua orang memakai pakaian dan topeng untuk
menyembunyikan diri mereka dari roh-roh jahat untuk mengelakkan kemudaratan.
Unggun api dan makanan memainkan peranan yang besar dalam perayaan ini.
Tulang-tulang ternakan yg disembelih akan dibuang ke dalam api.
Kesimpulannya, tradisi ini berkaitan dengan pemujaan roh-roh
nenek moyang dan berkait rapat dengan amalan-amalan khurafat.
Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah
“trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting
haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram, menonton
filem seram dan melawat kubur-kubur lama.
Kanak-kanak yang memakai kostom hantu akan berkunjung ke
rumah jiran-jiran pada malam Hari Halloween, mereka akan diberi hadiah seperti
manisan,coklat ataupun gula-gula.
Ulasan,
Bilakah seseorang itu menyerupai sesuatu kaum? Ringkasnya, meniru atau mencontohi sesuatu kaum dari segi penampilan, perilaku, bahkan beriktikad dalam perayaan mereka dan budaya mereka. Berdasar larangan meniru kaum lain daripada Nabi s.a.w, jelas memaparkan hal ini. Termasuklah larangan itu, berdasarkan hadis yang dirujuk oleh sodbaro seperti di bawah;
من تشبه بقوم فهو منهم
Terjemahan: Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka
Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, Al-Hafidz al-Asqalani, 6/166, 10/282 – darjat hadis: hasan, Al-Albani, Ghayatul Maram, no: 198, darjat hadis: Sahih.

0 ulasan:
Post a Comment