Home » » Benarkah Pengasas Pengakap Ahli Freemason?

Benarkah Pengasas Pengakap Ahli Freemason?

Written By Unknown on 20 December 2012 | 23:03

Lord Baden Powell – Bapa Pengakap
Lord Baden Powell – Bapa Pengakap Pengakap merupakan persatuan unit berunifom paling popular di peringkat sekolah. Ini kerana ia telah dikategorikan sebagai aktiviti ko-kurikulum sekolah sejak di peringkat sekolah rendah. Unit ini terbahagia kepada tiga keahlian iaitu Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Dewasa.

 Walaupun setiap peringkat mempunyai gaya, penampilan dan peraturan yang tersendiri tetapi ia masih terikat dengan objektif sedia ada pengakap. Di Malaysia, kedatangan pertubuhan Pengakap adalah seawal tahun 1910 sebelum Perang Dunia Pertama. Kemudian, ia berkembang dengan pantas di seluruh Tanah Melayu bermula di Pulau Pinang dan Selangor (1910), Sabah (1913), Sarawak (1915), Kedah (1922), Perak, Melaka dan Negeri Sembilan (1926), Terengganu dan Kelantan (1927), Johor (1928) dan Perlis (1931). Pengasas Pengakap Terdapat banyak pertikaian sama ada pengasas Pengakap Sedunia iaitu Lord Baden Powell seorang ahli Freemason? Persoalan ini turut menghantui ahli Freemason sendiri terhadap status beliau.

Pertubuhan Freemason di Kanada iaitu “Grand Lodge of British Columbia and Yukon” telah mengeluarkan artikel tentang Lord Baden Powell serta identiti Freemasonnya. Berdasarkan kepada artikel tersebut, Powell bukan ahli Freemason berasaskan kepada pengakuan isterinya iaitu Lady Olive Baden Powell. Namun begitu, isteri Powell menegaskan bahawa anggota keluarga mereka yang menyertai Freemason adalah adik iparnya iaitu Major David Baden Powell. Di sebalik penafian tersebut, sebuah lodge Freemason yang berteraskan Pengakap iaitu “The Scout Lodge” telah mendakwa bahawa Baden Powell MEMANG AHLI FREEMASON. Kenyataan ini diakui oleh isterinya sendiri Lady Olive dan anak mereka, Betty.

 Unsur Freemason Dalam Ikrar Pengakap Hasil perbandingan kajian mendapati Baden Powell telah menyerapkan unsur-unsur Freemason ke dalam Pertubuhan Pengakap pada bahagian IKRAR SETIA ahli. Pendedahan ini dibuat oleh Bro. George W. Kerr dari The Scout Lodge melalui laman web rasmi mereka. The Scout Lodge adalah cawangan organisasi Freemason yang ditubuhkan oleh ahli-ahli Pengakap. Ikrar Pengakap : Promise duty of God, Sedunia Accepted loyalty to the Queen, Help other people at all time. Ikrar Freemason : Beleived in Suprame Being, Obey the Laws of God an Man, Extend Charity and Brotherly Lovde.

 Penjenamaan Semula Pengakap Walaupun di dalam aktiviti Pengakap terdapat banyak ilmu-ilmu yang berguna kepada kita seperti kaedah mengikat tali, teknik perkhemahan, pembuatan gadget dan sebagainya, tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita menyerap masuk seratus peratus BUDAYA PENGAKAP tanpa menapisnya terlebih dahulu.

Mungkin ada di antara kita mengatakan “ambil yang elok, yang tidak elok jangan tiru”, hujah ini tidak kukuh untuk dijadikan alasan untuk kita mengguna pakai keseluruhan budaya Pengakap.

 Jika alasan ini digunakan, ia bukan sahaja sesuai untuk Pengakap malah golongan yang tidak faham agama juga akan mengambil kesempatan menggunakan alasan yang sama untuk menerapkan budaya songsang seperti Black Metal dan Punk.
Kita perlulah merombak kembali intipati Pengakap dengan memberikan Penjenamaan Semula mengikut ACUAN dan SOSIO-BUDAYA MALAYSIA.

0 ulasan:

Post a Comment

Translate