Home » , » Rusia Dapat Membekal Berlian 300 Tahun Lagi

Rusia Dapat Membekal Berlian 300 Tahun Lagi

Written By Unknown on 5 December 2012 | 14:57


                                                                 Belian Rusia
Rusia yang sebelum ini terkenal dengan imej kebuluran dan masalah penduduk yang tiada tempat tinggal walaupun mempunyai tahap ekonomi yang tinggi telah mendedahkan bahawa selama ini mereka telah tinggal di atas “lubuk yang mempunyai berbilion-bilion karat berlian” yang terletak di bawah sebuah kawah asteroid berdiameter 63 batu yang berusia 35 juta tahun di timur Siberia dikenali sebagai Popigai Astroblem.

Pihak Rusia mula mendapat tahu rahsia mengenai rahsia berkenaan semenjak tahun 1970-an dan mula berkira-kira untuk memulakan perlombongan di lokasi berkenaan bagi membekalkan pasaran berlian ke seluruh dunia untuk tempoh 3,000 tahun akan datang.

“Kawasan sumber berlian super-keras yang ditemui dalam struktur batuan di Popigai mempunyai bekalan berlian 10 kali ganda lebih besar berbanding rizab berlian yang ada di seluruh dunia,” ujar Pengarah Institut Geologi dan Mineralogi Akademi Sains Rusia, Nikolai Pokhilenko semasa di temuramah agensi berita ITAR-TASS.

Tetapi, itu tidak bermaksud berlian di kawasan berkenaan akan diproses dan dijual sebagai sebentuk cincin pertunangan di seluruh dunia semata-mata.

Berlian di kawasan tersebut merupakan berlian yang super-keras, bermakna bahan galian tersebut mempunyai ketahanan yang 2 kali ganda lebih kuat daripada permata biasa dan mempunyai struktur berlian yang berbeza.

Menurutnya lagi, berlian seumpama ini hanya sesuai diproses dan digunakan untuk tujuan saintifik dan perindustrian. Menurut CSM, pihak Rusia akan menjadi pemilik dan pemonopoli untuk kawasan rizab berkenaan

0 ulasan:

Post a Comment

Translate