Home » , » Tahukah Anda, Berapa Gaji Programmer Di Google?

Tahukah Anda, Berapa Gaji Programmer Di Google?

Written By Unknown on 12 December 2012 | 22:54


Google telah diketahui adalah sebuah syarikat gergasi dunia. Memiliki ruang tempat kerja yang menarik dan banyak kemudahan kepada pekerja Google seperti menyediakan makanan percuma, gim, dan memotong rambut di pejabat Google di California, Amerika Syarikat.
Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google? Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.

Berikut adalah statistik gaji pekerja Google yang cukup menarik:
1. Google Programmer di Phoenix – $174,000 setahun
2. Google Programmer di California – $197,000 setahun
3. Google Programmer di Chicago – $222,000 setahun
4. Google Programmer di New York – $242,000 setahun
Itu hanya gaji… apa lagi yang ditawarkan Google kepada pekerjanya?
1. Google akan membayar $8,000 setahun jika anda mahu sambung belajar. Mereka hanya mengharapkan keputusan gred “B”.
2. Jika anda memperkenalkan seorang pekerja untuk menjadi staff Google dan mereka bertahan untuk 60 hari, Google akan membayar $2,000 kepada anda.
3. Jika anda hendak mengambil anak angkat, Google akan memberikan $5,000 untuk urusan legal dan kos.
4. Bergantung kepada berapa lama anda bekerja di Google, anda akan mendapatkan sehingga dengan 25 hari bonus hiburan dalam setahun.
                                                   Ruang pejabat yang canggih dan selesa
Satu lagi perkara yang menarik dari segi pendapatan pekerja Google, menurut New York Times, kira-kira ada 1,000 pekerja Google yang mempunyai saham dengan nilai $5 juta dollar.
Gym dan ruang permainan disediakan untuk kakitangan Google
Masih menurut New York Times, setiap pekerja yang bersama Google untuk setahun sahaja memiliki nilai lebih dari $250,000.
Pesaing google mengatakan bahawa programmer Google telah menikmati 50% kenaikan gaji dalam beberapa tahun terakhir ini.

0 ulasan:

Post a Comment

Translate