Kenapa Allah SWT menunjukan semua ini?
Kenapa Allah SWT membuktikan kekuasaanNya..
Sebenarnya tidak terkira bukti2 kekuasaan dan kebesaran Allah SWT untuk dicatatkan walaupun 3 kali kiamat berlaku, penulis hanya ambil 3 bukti sahaja utk kita berpesan-pesan dan saling mengingati supaya tidak terjadi seperti kisah2 sejarah yang lalu.
Bukti-1-Jasad Fir'aun
Surah Ynus, ayat : 92.
Terjemahan
Maka pada hari Ini kami selamatkan badanmu[704] supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan Sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan kami.
[704] yang diselamatkan Allah ialah tubuh kasarnya, menurut sejarah, setelah Fir'aun itu tenggelam mayatnya terdampar di pantai, telah dijumpai oleh orang-orang Mesir yg lalu di Balsem.
Nota :
Jasad firaun yang wujud sekarang adalah hasil daripada satu proses yang Allah SWT kehendaki agar ianya menjadi bukti keWujudan Allah SWT dan Kekuasaan Allah SWT dalam menghapus makhluk ciptaanNya yang lupa pada usul kejadian dan angkuh. Semoga menjadi pengajaran kepada pemerintah/pentadbir yg zalim dan sombong. Sesungguhnya dunia ini hanyalah pinjaman...tiada yg kekal walaupun harta melimpah seperti Qarun yang memiliki bergedung emas,hidup ini hanya sementara seperti burung2 singgah di dahan pokok utk berteduh...lalu terbang pergi.
Allah SWT kekalkan jasad firauan untuk menguatkan lagi keimanan kita kepada kebenaran Al-Quran dan Kebenaran Risalah Tauhid Allah SWT melalui Nabi-Nabinya.
Oleh yang demikian apabila kita terpandang kepada piramid dan firaun, maka marilah kita bertasbih kepada Allah SWT agar Allah SWT mensucikan kita daripada sifat-sifat firaun dan bersama-samalah kita berdoa agar Allah SWT menghiasi jiwa kita dengan kemurnian jiwa para Nabi-Nabi serta jasad kita dengan Akhlak para Nabi-Nabi, Amin Ya Rabbal Alamin.
Rujukan:
http://www.ibtesama.com/vb/showthread-t_253553.html
Bukti-2 : Kisah Kaum Nabi Luth A.S ( Laut Mati )
Mungkin sesetengah orang yg jahil menganggapkan kisah zaman Nabi Luth a.s adalah cerita dongeng tanpa mengkaji melalui Al-Qur'an. Dan tiada peninggalan artifek sejarah yg nyata utk dibuktikan pada hari ini. Hanya kelihatan tasik garam yg sepi di Jordan ( Dead Sea ).
Firman Allah s.w.t:
"Ketika seksaan dari Kami (Allah) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Luth itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim"( Surah Hud : 82-83).
Bukti 3 :Penemuan Kota Segala Maksiat (Kota Pompeii)
Tetapi dengan maha kuasa Allah SWT, telah menunjukkan 'sesuatu' yg menjadi pengajaran kepada umat manusia pada akhir zaman ini.
Masa terus berlalu sehinggalah pada 1594,sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius di Itali bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan. Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka menemui benda aneh tertanam di dalam tanah.
Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.
Pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.
76 tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun bernilai tertanam di kawasan berkenaan.Tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di temui dan misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.
Segala-galanya terbukti dengan jelas aktiviti sek bebas, pelacuran,homosexsual dan lesbian berleluasa dengan penemuan artifek sejarah dan bentuk2 rangka manusia yg menjadi batu dgn 'aktiviti' mereka pd ketika itu jelas kelihatan.
bandar yg bertuhankan nafsu telah tenggelam dilimpahi larva gunung berapi hanya satu malam sahaja.
Mungkin sejarah Pompeii dan kisah zaman Nabi Luth a.s akan berulang lagi jika aktiviti 'haram' ini bermaharajalela.
.
Terjemahan Surah Al-Asr:-
Demi masa
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.
0 ulasan:
Post a Comment