Terowong Misteri Di Bukit Senjuang, Melaka
Written By Unknown on 8 January 2013 | 10:38
Kota St. John di Bukit Senjuang ini merupakan sebuah tapak bersejarah yang terletak kira-kira 3 kilometer dari Bandaraya Melaka. Ia merupakan bukit asal dan bukitlah bukit buatan manusia seperti yang didakwa oleh setengah-setengah pihak.
Tingginya dari paras laut lebih kurang 20 meter dan terdiri dari batu laterite. Lain-lain bukit yang terdapat di sekitar Bandar Melaka ialah Bukit Bendera (St Paul Hill) dan Bukit China. Bukit ini asanya dinamakanBukit Pipit di sebut juga dalam sumber Portugis sebagaiBuquetpipi dan ada juga di sebut sebagai The Hill Of Sao Joa.
Dipercayai mengikut beberapa tradisi lisan terdapat sebuah terowong menghubung kota bukit St john ini dengan Kota St Paul di Bandar Melaka.
Kini dikatakan terowong tersebut telah binasa akibat pembangunan yang pesat. Namun demikian tradisi-tradisi lisan masih terdapat di kalangan genarasi-genarasi lama cerita beberapa orang yang menerokai lubang gelap itu lesap bagitu sahaja. Walaubagaimanapun tradisi lisan ini merupakan satu misteri yang belum dapat dibuktikan.
Pada zaman kesultanan Melayu Melaka bukit ini tidak digunakan sepenuhnya. Asalnya, dipenuhi dengan hutan belantara yang menjadi tempat persembunyian perompak-perompak. Tidak mingkin ada yang tinggal di bukit ini kerana kesukaran turun naik dan mendapatkan air. Tetapi tidak boleh dinafikan, dari segi pertahannan ia adalah strategic sekali.
Apabila Portugis memerintah Melaka, orang-orang Melayu telah menggunakan bukit ini sebagai tempat persembunyian dan pertahanan mereka dalam usaha mendapatkan Melaka dari tangan Portugis. Selain dari Bukit Senjuang ini orang-orang Melayu menggunakan Bukit China sebagai kubu pertahanan mereka.
Bagi mengelakkan pewira-pewira Melayu menggunakan bukit-bukit ini, orang Portugis telah membina sebuah rumah ibadat (Gereja) di puncak bukit tersebut iaitu di tapak kota yang ada sekarang.Bagitu juga halnya dengan Bukit Cina. Terdapat sebuah gereja di bina di bukit itu. Kini gereja itu telah roboh dan tapaknya masih ada hingga sekarang.
0 ulasan:
Post a Comment