Tentera Mesir telah sengaja membanjirkan terowong penyeludupan di bawah tanah sempadan dengan Gaza,Palestin dalam kempen untuk menutup terowong penyeludupan itu, kata pegawai Mesir dan Palestin.
Rangkaian terowong adalah nadi penting untuk Gaza kerana ia digunakan utk membawa masuk lebih 30 peratus barangan yang mengelakkan dari kena sekatan oleh Israel ke atas Gaza selama lebih daripada tujuh tahun.
Wartawan Reuters melihat sendiri satu terowong yang dibina dgn simen tiba-tiba telah dipenuhi dengan takungan air pada hari Ahad. Mereka bergegas menghantar pekerja untuk membuat pemeriksaan keselamatan. Penduduk tempatan berkata dua terowong lain juga telah banjir air disebabkan oleh kerajaan Mesir sengaja mengepam air dari dalam.
"Orang-orang Mesir telah membuka pam air untuk menenggelamkan terowong," kata Abu Ghassan, seorang penyelia bersama 30 orang terowong kira-kira 200 meter (ela) dari pagar sempadan.
Seorang pegawai keselamatan Mesir di Sinai berkata kepada Reuters bahawa kempen itu telah bermula pd lima hari lalu.
"Kami menggunakan air untuk menutup terowong dengan meningkatkan jumlah air dari telaga," katanya Pegawai Keselamatan Mesir.
Puluhan terowong telah dimusnahkan sejak Ogos lepas berikutan pembunuhan 16 tentera Mesir dalam serangan militan berhampiran dengan pagar Gaza.
Kaherah berkata beberapa lelaki bersenjata telah menyeberangi ke Mesir melalui terowong - tetapi dinafikan oleh rakyat Palestin - dan mengarahkan tindakan keras serta-merta untuk menutupkan terowong itu.
Langkah itu amat mengejutkan dan marah oleh pemerintah Gaza, iaitu kumpulan Hamas, yang berharap untuk hubungan yang lebih baik dengan Kaherah berikutan pilihan raya tahun lepas yg dimenangi oleh Presiden Mesir Mohamed Mursi, seorang Islamis yang merupakan ideologi dekat dengan Hamas.
Seorang pegawai Hamas mengesahkan Mesir sekali lagi mensasarkan terowong Gaza. Beliau tidak memberikan butiran lanjut dan enggan membuat spekulasi mengenai masa yang akan bertindak, manakala pemimpin puak Palestin bertemu di Kaherah untuk cuba untuk mengatasi perpecahan yang semakin dalam itu.
Mengkritik Kaherah
Hamas berkata pada hari Isnin rundingan yang ditaja oleh Mesir, bertujuan menjalin hubungan dgn kerajaan serta perpaduan dan memulihkan perpecahan di antara ahli-ahli politik di Gaza dan Tebing Barat.
Walaupun pemerintah Gaza telah keberatan untuk mengkritik Mursi di khalayak ramai, tetapi Gaza agak biasa dgn sdikit kritikan yg lebih lantang.
"Air boleh menyebabkan keretakan pd dinding dan boleh menyebabkan keruntuhan terowong. Ia boleh membunuh orang," kata Ahmed Al-Shaer, seorang pekerja terowong memberitahu, sepupunya yang meninggal dunia tahun lalu apabila terowong itu tertimbus.
Enam penduduk Palestin telah meninggal dunia pada bulan Januari tahun lalu disebabkan keruntuhan terowong,ini telah meningkatkan jumlah kematian di kalangan pekerja kepada lebih 233 sejak tahun 2007, menurut kumpulan-kumpulan hak asasi manusia di Gaza, termasuk 20 org anggaran yang telah meninggal dunia dalam pelbagai serangan udara Israel ke atas tanah sempadan itu.
Israel mengenakan sekatan untuk sebab-sebab keselamatan pada tahun 2007. Pada satu peringkat kira-kira 2,500-3,000 terowong bawah tanah telah wujud dibawah pagar sempadan tetapi ianya semakin telah merosot dengan ketara sejak 2010.
Semua barang-barang perlu disaring sebelum memasuki ke Gaza dan Israel berkata beberapa sekatan mesti kekal ke atas barangan yang boleh digunakan untuk membuat atau bertujuan menjadi senjata.
Ini memastikan terowong masih aktif, terutamanya untuk membawa masuk bahan binaan. Hamas juga lebih suka menggunakan terowong untuk menyeludup bahan api, sekali gus mengelakkan kos dibayar pada minyak menyeberangi melalui Israel.
UAE tahan 3 suspak berkaitan pembunuhan rabbi Israel
7 minutes ago
0 ulasan:
Post a Comment