Home » » Radar China Kesan Kapal Perang Jepun

Radar China Kesan Kapal Perang Jepun

Written By Unknown on 8 February 2013 | 05:05


Media Jepun melaporkan, radar kawalan senjata kapal perang China pernah mengesan kapal frigat Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun pada 30 Januari lalu. Kerajaan Jepun telah mengemukakan bantahan kepada China.

                                               Kapal frigat Jepun yang dikesan oleh radar China.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland semalam menyatakan, isu ini mungkin merumitkan situasi di Asia Timur dan meningkatkan risiko salah faham bahkan menjejaskan kedamaian, kestabilan dan pembangunan ekonomi serantau. Pada masa yang sama, beliau juga menegaskan, pendirian AS terhadap isu Pulau Diaoyu tidak berubah.
                                                       Kapal pemusnah China.
Beliau mendedahkan, Setiausaha Negara AS, John Kerry telah membincangkan "isu keselamatan serantau" dengan Menteri Luar China Yang Jiechi melalui telefon, tapi menolak mengesahkan perkara kali ini menjadi salah satu topik perbincangan.

0 ulasan:

Post a Comment

Translate