Perancangan seorang banduan telah digagalkan apabila pengawal ternampak teman wanitanya bersusah payah mengheret beg beroda yg berat berjalan ke arah pintu luar penjara.
Penjara di Venezuela telah mengharamkan pelawat daripada membawa beg pakaian, selepas pengawal menangkap beberapa kes sebelum ini di mana banduan yg pandai meliukkan badan mereka cubaan untuk melarikan diri dari penjara melalui beg.
Disabitkan kesalahan atas membunuh, Gavinson Garcia 24 tahun yang hanya ketinggian 5 kaki tinggi 3 inci agak senang untuk melipatkan badannya ke dalam beg itu yang dibawa ke penjara Yare II di Caracas oleh teman wanitanya Susana Blanco.
Tetapi rancangan itu telah digagalkan apabila pengawal ternampak Blanco, 22 tahun bergelut untuk bergerak bagasi beroda yg berat.
Apabila pengawal menahan Blanco yg berkeadaan mencurigakan dan pengawal memeriksa beg itu, didapati Garcia berada dalam keadaan separuh bogel bergulung di dalamnya.
Procedure Penjara hanya memeriksa beg semasa memasuki penjara dan tidak diperiksa semasa pelawat keluar.
Leftenan Kolonel Rafael RodrÃguez berkata Blanco telah menerima wang pendahuluan sekitar £800 bagi sebahagian dari perancangan memboloskan teman lelakinya itu.
Garcia dipercayai telah membayar rakan-rakan banduannya kira-kira £2,500 untuk membantu dia melarikan diri dari penjara itu.
0 ulasan:
Post a Comment