Home » » Bomba Selamatkan Bayi Yang Dibuang Dalam Saluran Kumbahan

Bomba Selamatkan Bayi Yang Dibuang Dalam Saluran Kumbahan

Written By Unknown on 28 May 2013 | 20:36


Zhejiang,China- Anggota bomba di timur China bertungkus lumus menyelamatkan seorang bayi lelaki yang baru lahir dibuang/sumbat ke dalam paip kumbahan.
Bayi tersebut telah terperangkap dalam saluran paip, TV China melaporkan, dalam kes yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai di laman media sosial semalam.

Terdapat laporan yang kerap dalam media Cina, bayi dibuang di dalam tandas selepas melahirkan anak.

Dalam kes terbaru ini bayi itu ditemui di dalam paip kumbahan di dalam sebuah bangunan kediaman di Jinhua di wilayah  Zhejiang pada petang Sabtu.
Penemuan itu selepas penghuni melaporkan bunyi bayi menangis di celah dinding bangunan dan melaporkan kepada pihak bomba.Saluran paip itu hanya sebesar empat inci.
Anggota bomba terpaksa memotong dan mengeluarkan paip serta membawanya ke hospital berhampiran, di mana doktor berhati-hati memotong di sekeliling paip untuk menyelamatkan bayi lelaki di dalamnya.

Bayi lelaki itu dalam keadaan stabil telah dinamakan Baby No 59 dan dimasukkan dalam inkubator, polis sedang mengesan ibu bapanya- laporan dari Guardian.
Beberapa pengunjung telah menderma lampin, pakaian bayi dan susu tepung ke hospital untuk membantu bayi lelaki kecil itu.
Kes itu telah dibincangkan secara meluas di laman Twitter China seperti perkhidmatan Sina Weibo.

0 ulasan:

Post a Comment

Translate