Home » » Muzium Phallological Di Iceland- (Muzium Alat 831amᴉn)

Muzium Phallological Di Iceland- (Muzium Alat 831amᴉn)

Written By Unknown on 30 May 2013 | 01:31


Amaran: post ini tidak boleh dibaca oleh gadis bawah umur dan kanak-kanak ianya akan menimbulkan sensitiviti bagi sesetengah pihak.
Muzium Phallogical terletak di bandar penangkapan ikan paus Husavik di Iceland adalah muzium pertama di dunia yang dikhaskan untuk organ phallology

[alat kelamin lelaki/penis]haiwan laut dan pusat kajian zakar mamalia.
Pada September 2009, koleksi muzium itu mempunyai 272 spesimen berbentuk penis yang dikumpul daripada 92 spesis mamalia yang ditemui di Iceland atau di perairan luar pesisiran. Beberapa makhluk mitos turut dipamer dalam arkib itu seperti hantu laut dan raksasa laut.

Koleksi ini tidak mempamerkan spesimen manusia sebenarnya tetapi Pall Arason, kini berusia 94 tahun telah mewasiatkan untuk menyumbangkan 'hadiah'ke muzium itu apabila dia mati kelak. Di samping itu negara Jerman, British dan Amerika juga telah menandatangani kepada penderma organ itu selepas kematian dari individu-individu dari negara mereka. Dari Amerika adalah Stan Underwood yang telah membekalkan profil bertulis notis'Elmo' [seperti dalam gambar]untuk tujuan penderma organ itu.
Pengasas muzium itu ialah Sigurour Hjartarson, seorang bekas guru seni dan sejarah dari Reykjavik yang percaya adalah satu-satunya muzium seumpama ini di dunia. Terdapat berpuluh-puluh 'alat'itu di dalam balang untuk dipamerkan.
Penis terbesar di muzium itu adalah daripada Paus Biru sepanjang 3 kaki.
Semuanya bermula pada tahun 1946 atau 1947. Walaupun bekerja di utara Iceland, rakan Sigurour Hjartarson memberikan empat zakar lembu. Hjartarson mengeringkan dan tiga lagi dijadikan hadiah Krismas untuk rakan-rakannya.Iceland mempunyai kapal besar sebanyak 14567 ribu untuk penangkapan ikan paus di laut dalam Semasa musim cuti[musim sejuk] guru-guru biasanya bertugas di stesen-stesen penangkapan ikan paus mula membawa zakar ikan paus kepada Hjartarson.Kerajaan Iceland pada mulanya menolak permohonan Hjartason untuk dipamerkan tetapi atas desakan Hjartason untuk tujuan pembiayaan seni dan penyelidikan ianya diluluskan.
Tujuan organ iniadlah bukan berniat untuk tidak menghormati atau menjadikan keseronokan. Muzium ini mengandungi koleksi unik yang  hasil penyelidikan berpotensi dan tidak diketahui umum yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya tentang seksual mamalia dan tabiat binatang tersebut.

Muzium ini telah menjadi tarikan pelancongan yang popular dengan beribu-ribu pelawat setiap tahun. Seramai 60% daripada mereka adalah wanita dan telah mendapat perhatian dari media antarabangsa, termasuk sebuah filem dokumentari dari Kanada bertajuk Final Member, yang meliputi usaha muzium untuk mendapatkan penis manusia. Menurut kenyataan misi muzium itu bertujuan untuk membolehkan individu untuk menjalankan kajian yang serius di dalam bidang phallology [alat kelamin].
Muzium Phallology di Iceland terbuka kepada orang ramai dari 20 Mei hingga 10 September, 12 tengah hari hingga 6 petang. Ia telah menerima 232,000 orang pengunjung sejak dibuka pada Ogos 1997, yang terletak di Reykjavik.

0 ulasan:

Post a Comment

Translate