Home » » Penyeludup Dadah Ditangkap Selepas Tulis Namanya Dan Bergambar Di Dalam Telefon Bimbit

Penyeludup Dadah Ditangkap Selepas Tulis Namanya Dan Bergambar Di Dalam Telefon Bimbit

Written By Unknown on 27 May 2013 | 02:24


Gara-gara bergambar di dalam telefon bimbit dan mengukir nama dengan menggunakan serbuk kokain,Wayne Braund berusia 31 tahun, bersama rakan-rakannya berjaya ditangkap. Mereka menggunakan kad bank untuk membariskan serbuk putih dengan menulis nama samarannya 'Braundy' di atas meja dan gambar yang ditemui dalam telefon bimbitnya oleh pegawai-pegawai polis.
Gambar itu membantu mendedahkan penyeludup dadah sebahagian daripada geng penjenayah antarabangsa yang besar berjaya ditemui dan dikesan oleh polis.
Punca daripada gambar inilah kumpulan penyeludupan berjaya ditumpaskan di Utara England.
                   Wayne Braund atau "Braudy"
10 orang pasukan yang beroperasi di luar bandar Rochdale,Greater Manchester, telah mengimport dadah bernilai £4.5 juta seperti estasi, amphetamin, kokain dan ganja ke Britain dengan berselindung di sebalik buah-buahan dalam tin dan tomato.
Antara gambar-gambar di dalam telefon bimbit Braund yang membantu menumpaskan kegiatan mereka.
Gambar lain menunjukkan salah satu daripada rakan sepenjenayah Braund - pembantu kepada ketua kumpulan penyeludupan dadah ini - tersenyum [gambar bawah]di dalam sebuah kilang ganja manakala gambar ketiga menunjukkan barisan kokain sebelah not €500.

Pemprosesan ganja: lelaki Belanda yang tersenyum ialah Edwin Gorlee, 47, dijatuhi hukuman penjara lapan dan sepuluh tahun masing-masing.
Kumpulan itu membeli dadah secara borong dari pasaran gelap di Belanda dan menghantar ke UK di dalam palet sebelum mereka menjual ke kumpulan jenayah di Liverpool, Leeds, London dan Glasgow.
Kumpulan ini dikenakan hukuman penjara 92 tahun atas kesalahan masing-masing.

Tetapi Braund yang memiliki gambar-gambar dan rakannya yang bersubahat mengakui kesalahan mereka dalam kegiatan mengimport dan membekalkan dadah dan mereka dijatuh hukuman penjara sembilan tahun setengah pada Jumaat lepas di Minshull Crown Court Street di pusat bandar Manchester.


Jason Seale, 45, dari Bacup, Lancashire, yang merupakan ketua kumpulan tersebut juga mengaku bersubahat dan dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun.

Enam rakyat Britain yang lain semua dari Rochdale dan dua orang dari Belanda salah seorang yang terkenal kumpulan samseng, Curtis Warren - telah dihadap hukum penjara 69 tahun selepas mengaku kesalahan penyeludupan dan mengedar dadah.

Mahkamah memberitahu kumpulan itu adalah salah satu yang paling berkuasa dalam operasi mengedaran dadah di Utara England.
Mereka mewujudkan hubungan rangkaian yang canggih, perniagaan yang profesional dan sangat terancang. Kumpulan ini berusaha untuk mengelakkan pengesanan dengan mengehadkan penggunaan telefon dan kerap bertukar nombor telefon.

Antara individu yang terlibat dan dikenakan hukuman penjara ialah Pengurus Pengangkutan Ceri Wilmot-41 dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun. Andrew O'Reilly-27 dijatuhi hukuman 8 tahun. Kurier Michael Connolly-28, dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun.
Braund-31 yang telefon bimbit yang terkandung keterangan dan bukti dikenakan 9 tahun setengah dan Steven Petrie berumur 47 tahun yang alamat rumahnya telah digunakan untuk menyimpan dadah dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun.

Kurier Saied Omidi-53, dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun. Rakyat Belanda, Theodorus Van Gelder-54, dan Edwin Gorlee-47 yang masing-masing dihukum penjara 8 dan 10 tahun. Semua mengakui bersubahat dengan kumpulan itu.

Selepas kes itu selesai,Detektif Penguasa Jason Hudson berkata: "Kumpulan ini adalah rangkaian bekalan dadah terbesar di Barat Utara England yang berjaya ditumpas.


0 ulasan:

Post a Comment

Translate