10 stesen-stesen keretapi terbiar dan berhantu telah banyak diceritakan oleh penduduk tempatan di merata daerah. Rumah-rumah, bangunan lama dan stesen keretapi terbiar atau ditutup sememangnya berhantu tambah pula berkisarkan sejarah atau tragedi silam pernah terjadi sebelum. Tempat yang pernah berlaku kemalangan yang meragut ramai nyawa dan di Jepun biasanya jalan penyelesaian terakhir hidup seperti bunuh diri di rail keretapi adalah cerita harian. Berikut adalah sepuluh tapak stesen keretapi terbiar dan berhantu terkenal di dunia.
1. Szabadka, Serbia
|
Szabadka, Serbia |
Menunjukkan stesen terbiar yang dibina pada tahun 1800 bekas bandar milik Hungary. Hari ini ia telah dilupakan sebagai stesen keretapi yang terpenting dulu. Hanya kedengaran cerita-cerita menyeramkan berlaku di sini. Ia jauh terbiar dikelilingi oleh ladang dan mengambil masa satu jam berjalan kaki untuk sampai ke sini.
2. Station, France
|
Station, France |
Hanya tinggal bangunan pejabat usang stesen keretapi di Perancis. Sejarah pembinaannya dan mengapa ianya tidak beroperasi tidak diketahui. Kemungkinan besar berlaku masalah ekonomi dan tiada budget untuk membiayai kos baik pulih.
3. Imej Stesen Tube Aldwych, London, UK
|
Stesen Tube Aldwych, London, UK |
Stesen keretapi Tube Aldwych dibuka pada tahun 1907 dan akhirnya ditutup pada tahun 1994 kerana pendapatan tidak cukup untuk menampung kos pembaikannya. Walau bagaimanapun, stesen ini masih ikonik kerana ia telah digunakan dalam banyak filem-filem dan kononnya sebagai keretapi yang berfungsi dan menyamar sebagai stesen bawah tanah.
4. Stesen Chamberí, Madrid, Sepanyol
|
Chamberí, Madrid, Sepanyol |
Ini adalah sebuah stesen keretapi berhantu yang telah dibaik- pulihkan untuk dijadikan sebuah muzium di Madrid. Sepanyol memutuskan untuk membuat muzium yang boleh dikunjungi orang ramai secara percuma.
5. Stesen Keretapi Helensburgh, New South Wales
|
Stesen Keretapi Helensburgh, New South Wales |
Hampir tersembunyi daripada penglihatan kerana penuh dengan tumbuhan menjalar. Stesen keretapi ini terletak di Helensburgh, New South Wales, telah ditinggalkan sejak tahun 1915 apabila sebuah stesen baru dibuka 200 meter ke arah utara. Terbiar hampir satu abad, stesen ini hanya lima minit pemanduan dari bandar Helensburgh. Tidak diketahui mengapa ianya tidak digunakan lagi.
6. Stesen Metro Kymlinge, Stockholm
|
Stesen Metro Kymlinge, Stockholm |
Pada 1970-an, pihak berkuasa di Stockholm merancang membina landasan metro ini untuk terus ke Kymlinge, tetapi diatas apa sebab ia terbengkalai dalam separuh pembinaan. Hanya cerita-cerita seram kedengan di sini.
7. Stesen Metro St Martin, Paris, Perancis
|
Stesen Metro St Martin, Paris, Perancis |
Stesen keretapi bawah tanah St Martin di Paris ini pada asalnya ditutup pada tahun 1939 pada permulaan Perang Dunia II dan dibuka semula selepas Perancis telah merdeka. Ia ditutup lagi selepas itu, walaupun terdapat stesen sehenti lain hanya 100 meter jauhnya dari stesen ini. Pihak Salvation Army kini menggunakan separuh bahagian timur bangunan stesen keretapi tinggal ini sebagai tempat perlindungan untuk sehari bagi orang yang kehilangan tempat tinggal atau tidak sempat pulang ke rumah.
8. Echizen-Gemia, Tokyo, Jepun
|
Echizen-Gemia, Tokyo, Jepun |
Echizen-Gemia adalah sebuah stesen keretapi di Jepun yang telah baru-baru ini ditutup. Tidak banyak maklumat tentang stesen ini. Mengapa punca ianya ditutup tidak ketahui tetapi penduduk setempat menceritakan stesen keretapi tinggalan ini selalu muncul wanita sedang menunggu keretapi walaupun keretapi ini tidak beroperasi lagi, tambahan bila hujan turun.
9. Stesen Keretapi Pinkenba, Australia
|
Stesen Keretapi Pinkenba, Australia |
Sebuah stesen terbiar di Pinkenba, pinggir bandar Brisbane, Australia. Seperti yang anda boleh lihat dalam gambar ini Sebuah stesen berhantu pernah diceritakan penduduk setempat.
10. Canfranc Estacion, Sepanyol
|
Canfranc Estacion, Sepanyol |
Stesen keretapi ini menjadi salah satu daripada tiga stesen keretapi terbesar di Eropah. Terletak di Sepanyol berhampiran sempadan Perancis, sebuah bandar yang dibina di sekitar dipanggil Canfranc Estacion. Kereta api lama ditinggalkan sehingga berkarat telah dibina pada tahun 1928. Stesen ini ditutup sekitar tahun 70-an apabila kemalangan kereta api antarabangsa memusnahkan sebuah jambatan berdekatan yang telah memotong pautan jambatan itu.
0 ulasan:
Post a Comment